Kerajaan negeri Sabah akan terus melaksanakan projek pembangunan utama yang memberi manfaat kepada rakyat pada 2018, kata Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.
Dalam perutusan sempena Tahun Baharu, beliau berkata ini termasuk projek infrastruktur seperti Lebuhraya Pan Borneo, pengeluaran hak milik tanah adat dan memastikan Mini Estet Sejahtera (Mesej) mencapai matlamat yang ditetapkan.
"Selaras dengan itu, menjadi visi kami (kerajaan negeri) untuk melihat perumahan berkualiti dan mampu milik buat rakyat Malaysia di Sabah dan kami sentiasa bekerjasama dengan kerajaan persekutuan dalam memastikan pendidikan dan penjagaan kesihatan tetap menjadi keutamaan.
"Saya menyeru kepada semua untuk merapatkan barisan dan memberi fokus kepada agenda kerjasama kita dalam usaha membangunkan Sabah.
Usah biarkan pemikiran sempit menutup minda kita kerana kita perlu bekerjasama dengan semua pihak di negara ini untuk menikmati kemajuan," katanya sambil menggesa rakyat supaya mengukuhkan perpaduan bagi membolehkan kemajuan terus dinikmati di negeri ini.
Musa berkata sejak beberapa dekad lalu, Sabah telah melalui transformasi untuk muncul sebagai negeri yang semakin kompetitif di Malaysia dan rantau ini.
Ini adalah hasil usaha berterusan dalam meningkatkan ekonomi, menjaga kebajikan rakyat, mengekalkan kestabilan politik dan memastikan pembangunan dapat dikecapi oleh golongan yang paling memerlukan, katanya.
"Keupayaan menyesuaikan diri dengan perubahan dan berkembang dalam ekonomi global yang pantas memerlukan kita untuk mentransformasikan cara pemikiran kita.
Program transformasi Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi selari dengan pelbagai dasar yang diperkenalkan sejak beberapa dekad lepas.
"Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Malaysia berada dalam landasan yang betul ke arah mencapai kemajuan yang lebih baik dan pembangunan yang lebih saksama di seluruh negara," katanya.
Musa berkata pelbagai program telah dilaksanakan bagi menonjolkan kekuatan Malaysia dan kini hasilnya dinikmati oleh negara dan rakyat.
Beliau berkata Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) meletakkan Sabah pada kedudukan yang sesuai untuk bersaing di rantau ini dan dalam dunia yang penuh mencabar ini.
Beliau berkata pada Januari 2018, ia bermakna Koridor Pembangunan Sabah telah dilaksanakan selama 10 tahun dan "kita melihat bagaimana tumpuan terhadap sektor pelancongan dan logistik, minyak sawit serta minyak dan gas mewujudkan sumber baharu pertumbuhan".
"Projek yang terhasil menerusi beberapa inisiatif ini bukan sahaja mewujudkan lebih ramai usahawan tempatan, tetapi juga turut membantu menonjolkan kumpulan pekerja berpengetahuan," katanya.
Musa berkata semakin banyak produk yang terhasil menerusi perkembangan ekonomi Sabah yang berdasarkan pada pelbagai sektor dan selaras dengan Halatuju Negeri Sabah atau Agenda Pembangunan Negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 31 2017
MUSA: Perumahan berkualiti dan mampu milik buat rakyat Malaysia di Sabah jadi perhatian kerajaan negeri.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Perak terus teroka industri nadir bumi, hasil royalti RM30.88 juta setakat ini - Saarani
Kerajaan negeri sepakat bekerjasama dengan sebuah syarikat tempatan bagi melaksanakan projek percubaan memproses hasil nadir bumi di Simpang Pulai.
Negeri miliki tanah sesuai boleh tawar kepada KPKT untuk pembangunan PRR
Kerajaan negeri yang mempunyai tanah di lokasi strategik dan sesuai bagi pembangunan perumahan PRR boleh menawarkannya kepada KPKT.
KBS mahu kerajaan negeri tampil lebih serius dalam penganjuran LTDL
Kementerian Belia dan Sukan berharap kerajaan negeri tampil lebih serius dalam penganjuran perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) pada masa akan datang.
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu meningkatkan kepantasan dalam memberi kelulusanbagi menjadikan Malaysia tumpuan pelabur.
Kutipan cukai pelancongan RM308 juta bagi tempoh 2018 hingga 2022
Bagi separuh pertama 2020, kutipan itu berjumlah RM37.90 juta dengan agihan sebanyak RM18.95 juta kepada Kerajaan Negeri.
Kerajaan Persekutuan, negeri dan PBT perlu ubah cara kerja lama - PM
Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan PBT perlu mengubah cara kerja lama bagi mengelakkan kelewatan dalam urusan kelulusan projek baharu.
Keserasian kepimpinan Sarawak, Sabah dengan Persekutuan harus diperkukuh - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata Perdana Menteri berazam untuk memenuhi permintaan-permintaan kedua wilayah itu yang dibuat di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Hasrat Tunku Mahkota Ismail gesa reformasi Persekutuan kerana ingin 'merakyatkan' kepimpinan - Penganalisis politik
Hasrat Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menggesa reformasi sistem Persekutuan, dengan Johor dilayan sebagai rakan kongsi sebenarnya bertujuan merakyatkan kepimpinan.
Berbeza pandangan bukan penghalang perkukuh kerjasama kerajaan negeri, Persekutuan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap perbezaan pandangan tidak menjadi penghalang dalam usaha untuk terus memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah demi