KOTA KINABALU:Kerajaan Sabah tidak boleh terlalu bergantung pada kerajaan persekutuan dalam usaha mengekang penularan pandemik COVID-19 di negeri itu, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu semalam.
Ketua Pembangkang DUN Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Senallang) berkata kerajaan negeri sendiri perlu mengambil langkah agresif dan berkesan termasuk kawalan di pintu masuk Sabah serta kemudahan kesihatan untuk rakyat.
"Saya cadangkan kerajaan negeri sendiri cuba mendapatkan vaksin COVID-19 untuk rakyat Sabah dan kita tidak boleh bergantung pada kerajaan persekutuan semata-mata (dapatkan vaksin).
"Belanjawan 2021 (persekutuan) RM3 billion diperuntukkan untuk dapatkan vaksin tetapi Sabah, Selangor dan ada negeri lain kawasan merah... saya bimbang bila pengagihan (vaksin) Sabah tidak diberi keutamaan," katanya ketika membahaskan Belanjawan Sabah 2021 itu di sini.
Jumaat lepas (18 Dis) Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor membentangkan Belanjawan Sabah 2021 berjumlah RM4.3 bilion dan belanjawan pertama kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu menganggarkan kutipan hasil RM4.48 bilion tahun depan menjadikan belanjawan lebihan RM178.7 juta.
Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin (PN-Nabawan) pula berkata belanjawan itu mempunyai hala tuju jelas dalam mendepani pelbagai masalah yang melanda Sabah, termasuk pandemik COVID-19.
Beliau berkata COVID-19 merupakan punca kepada kelembapan ekonomi yang berlaku kini, justeru keutamaan kepada pembangunan ekonomi dalam belanjawan negeri yang bertemakan 'Rakyat Sejahtera Ekonomi Mampan' itu adalah tepat.
"Pertumbuhan ekonomi yang bersifat menggalakkan rakyat bergiat aktif dalam ekonomi mampu memberi kesan berganda kepada kestabilan ekonomi masa depan... keadaan ini (cabaran COVID-19) mengajar kita semua untuk lebih berfikir dan berusaha membangunkan semula Sabah ini," katanya.
Datuk Raime Unggi (ADUN dilantik) pula berkata pandemik COVID-19 mengakibatkan pendapatan golongan petani terjejas teruk kerana kekurangan permintaan terhadap komoditi seperti getah, ditambah kuasa beli di pasaran sangat lemah.
Justeru katanya kerajaan serta agensi berkaitan perlu membantu golongan tersebut dalam memantau serta memastikan hasil pertanian dibeli pada harga berpatutan, sekali gus turut membendung orang tengah mengaut keuntungan berlebihan.
Datuk Rubin Balang (BEBAS-Kemabong) berkata bagi mengatasi isu pengangguran yang meningkat dalam kalangan belia ketika COVID-19, belia perlu digalakkan menceburi bidang keusahawan dan pertanian yang berpotensi tinggi dalam usaha pemulihan ekonomi pasca-COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 21 2020
Shafie berkata kerajaan negeri sendiri perlu mengambil langkah agresif dan berkesan termasuk kawalan di pintu masuk Sabah serta kemudahan kesihatan untuk rakyat. - Gambar fail
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
CEO, pengarah ditahan perdaya Kerajaan Sabah berkaitan deklarasi hasil jualan emas
Lima lelaki dan seorang wanita direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung penipuan deklarasi penjualan hasil perlombongan emas membabitkan dua syarikat di Tawau.
Tiga ADUN Warisan umum keluar parti, sokong Hajiji
Ketiga-tiga memaklumkan memilih menjadi ADUN Bebas dan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinan Datuk Seri Hajiji.
Bajet Sabah 2023: Penjawat awam negeri terima bonus RM1,000
Kerajaan Sabah bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji dengan kadar minimum RM1,000 kepada lebih 20,000 penjawat awam negeri itu.
KKN Sabah bangunkan sistem, cegah pemalsuan pengisytiharan cukai jualan
Kerajaan Negeri Sabah menerusi KKN akan mewujudkan Integrated System secara atas talian antara KKN dan MPOB bagi mencegah pemalsuan pengisytiharan cukai jualan oleh syarikat di negeri itu.
Penjawat awam Sabah terima bonus Aidilfitri dan Kaamatan RM500, pesara RM250
Kerajaan Sabah akan memberikan bonus RM500 kepada penjawat awam yang berkhidmat di negeri itu, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.
Sabah kekal larang rentas daerah - Hajiji
Kerajaan Sabah akan terus menguatkuasakan larangan rentas daerah susulan peningkatan mendadak kes COVID-19 di negeri itu sejak dua minggu lalu.
Kerajaan Sabah sedia adakan sidang DUN
Kerajaan Sabah menyatakan kesediaan untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada bila-bila masa sekiranya keadaan mengizinkan.
Sabah umum SOP sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu, hari ini
Kerajaan Sabah akan mengumumkan prosedur operasi standard berhubung pelaksanaan 'total lockdown' Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu di negeri itu.
Larangan masuk Sabah dari Labuan serta-merta
Kerajaan Sabah memutuskan untuk menyekat pergerakan masuk ke Wilayah Persekutuan Labuan dan sebaliknya berkuat kuasa serta-merta.
Gelembung Perjalanan: Sabah pertimbang bawa pelancong dari Singapura
Kerajaan Sabah sedang mempertimbangkan untuk membawa masuk pelancong dari Singapura menerusi pendekatan gelembung perjalanan sekurang-kurang selepas Hari Raya Aidil Fitri.