awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar lancar RPN 2026-2035 pada 20 Jan, perkukuh ekosistem pendidikan negara
PAU 2025: Perwakilan cadang buka lebih banyak ruang dan pentas untuk suarakan pandangan
Pas teliti cadangan UMNO tubuh gabungan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah tingkat produktiviti tanaman padi di enam daerah utama

Bernama
Bernama
07/07/2025
12:00 MYT
Sabah tingkat produktiviti tanaman padi di enam daerah utama
Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah akan meningkatkan produktiviti tanaman padi di enam daerah utama di negeri itu. - Foto hiasan/BERNAMA
KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah akan meningkatkan produktiviti tanaman padi di enam daerah utama di negeri itu, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu hari ini.
Pembantu Menterinya Hendrus Anding berkata daerah tersebut melibatkan Kota Belud, Kota Marudu, Tuaran, Tambunan, Keningau dan Papar, dengan kawasan sawah seluas 121.4 hektar di Tambunan telah dikenal pasti oleh Lembaga Pertanian Sabah (LPBS) sebagai projek perintis pertanian padi berhasil tinggi secara moden.
"Projek perintis ini akan menggunakan automasi dan mekanisasi sepenuhnya serta pengurusan air berjadual. Kementerian melalui Jabatan Pertanian melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan produktiviti serta kualiti hasil pertanian seperti buah-buahan, kopi dan padi di negeri ini.
"Program Skim Pengeluaran Padi Bermutu turut dilaksanakan melalui pembangunan ladang satelit pengeluaran benih, khususnya variasi TR8 yang disokong oleh tiga pusat pengeluaran benih padi di Papar, Tenom dan Kota Belud," katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan lisan Datuk Rubin Balang (GRS-Kemabong) yang bertanya tentang usaha kementerian itu dalam meningkatkan hasil tanaman terutama buah-buahan, kopi dan padi di Sabah.
Hendrus berkata kementerian itu juga melaksanakan projek pemulihan tanah sawah terbiar seluas 7,392 hektar secara berperingkat, dengan 437.57 hektar telah berjaya dipulihkan pada tahun lepas.
"Kempen Penanaman Dua Musim Setahun turut dilaksanakan di kawasan sawah terpilih menggunakan paket teknologi Rice Check dan Sistem Pengurusan Ladang Berpusat," katanya.
Beliau berkata pihaknya juga telah melancarkan Revolusi Ekonomi Pertanian Luar Bandar Peringkat Negeri Sabah pada 28 April lepas di Tambunan, dengan objektif utama untuk meningkatkan produktiviti hasil pertanian dan keterjaminan makanan melalui penglibatan masyarakat yang lebih meluas dalam pertanian.
Hendrus berkata inisiatif mekanisasi dan automasi pertanian turut diperluas melalui penggunaan teknologi pertanian moden seperti jentera pembajak, jentuai, dron dan Internet Benda (IoT) bagi meningkatkan kecekapan operasi ladang.
"Pendekatan ini bukan sahaja membantu mengatasi kekurangan buruh malah dapat meningkatkan ketepatan serta keselamatan dalam aplikasi input pertanian seperti semburan baja dan racun," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah
#produktiviti tanaman padi
#enam daerah utama
#pertanian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan