awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sah, sosej diuji di Malaysia patuh tahap nitrit ditetapkan

Bernama
Bernama
17/03/2022
13:38 MYT
Sah, sosej diuji di Malaysia patuh tahap nitrit ditetapkan
Di Malaysia, katanya produk hasilan daging seperti sosej boleh mengandungi nitrit pada paras tidak melebihi 80mg/kg selaras dengan standard antarabangsa Codex. - Gambar hiasan/ Unsplash
PUTRAJAYA: Kesemua 207 sampel produk hasilan daging termasuk sosej yang diambil daripada pasaran tempatan dan pintu masuk untuk dianalisis tahap kandungan nitrit, didapati mematuhi tahap yang ditetapkan, demikian menurut Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Kementerian Kesihatan (KKM).
Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM Mohd Salim Dulatti berkata sampel berkenaan diambil untuk dianalisis setelah KKM mengambil maklum laporan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Thailand mengenai produk sosej yang diuji mengandungi nitrit melebihi paras dibenarkan oleh agensi berkenaan.
Menurutnya, FDA Thailand melakukan ujian tersebut selepas 14 kanak-kanak di negara itu mengalami methemoglobinemia iaitu sejenis penyakit gangguan darah selepas makan sosej tersebut.
Di Malaysia, katanya produk hasilan daging seperti sosej boleh mengandungi nitrit pada paras tidak melebihi 80mg/kg selaras dengan standard antarabangsa Codex.
"Hasil analisis yang telah dijalankan, kesemua sampel sosej didapati mematuhi tahap yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan hari ini, serta menambah BKKM sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak kedutaan Thailand berkenaan produk sosej yang terlibat.
Nitrit merupakan bahan pengawet makanan yang sering digunakan dalam produk hasilan daging bagi merencatkan pertumbuhan bakteria di samping menyerlahkan warna makanan.
Pengambilan nitrit pada kadar yang berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa letih dan penat, sukar bernafas, pening dan sakit kepala, berdebar-debar dan kelihatan pucat.
Mohd Salim berkata KKM akan meneruskan pemantauan keselamatan makanan di pasaran tempatan dan pintu masuk negara agar mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan di bawahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sosej Malaysia
#kandungan nitrit
#selamat
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan