awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saifuddin ketuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat ASEAN di Phnom Penh

Bernama
Bernama
02/08/2022
20:40 MYT
Saifuddin ketuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat ASEAN di Phnom Penh
Saifuddin (foto) mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN ke-55 (AMM55) dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan yang dihoskan Kemboja. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN ke-55 (AMM55) dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan yang dihoskan Kemboja selaku Pengerusi ASEAN 2022.
Menurut kenyataan Wisma Putra malam tadi sepanjang tujuh hari, bermula 31 Julai hingga 6 Ogos Malaysia dijadual menyertai beberapa mesyuarat.
Mesyuarat itu termasuk Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN Ke-55, Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN dengan negara rakan dialog secara berasingan (China, Korea, Jepun, United Kingdom, India, Kanada, Australia, New Zealand, Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan Rusia), Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN+3 Ke-23 (APT FMM Ke-23), Mesyuarat Menteri-menteri Luar Sempena Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-12 (EAS FMM Ke-12), Forum Serantau ASEAN Ke-29 (ARF Ke-29), Mesyuarat Suruhanjaya Kawasan Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) dan mesyuarat bersama wakil-wakil Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR).
Malaysia, sebagai Negara Penyelaras untuk Hubungan Dialog ASEAN-Kanada 2021-2024, akan bersama mempengerusikan Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN-Kanada.
Pada AMM ke-55, Menteri-menteri Luar ASEAN akan membincangkan kemajuan Pembangunan Komuniti ASEAN, Keutamaan dan Hasil Utama ASEAN termasuk strategi bersama pemulihan sosioekonomi COVID-19.
Turut bakal dibincangkan Pelan Pembangunan Keselamatan Politik ASEAN 2025, isu-isu serantau serta persiapan untuk Sidang Kemuncak ASEAN Ke-40 dan Ke-41 dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan, yang dijadualkan pada November 2022.
Antara isu-isu yang akan dibangkitkan oleh Malaysia semasa mesyuarat-mesyuarat itu termasuk usaha pemulihan ekonomi pasca COVID-19, pengukuhan multilateralisme, kemampanan dan perubahan iklim, kerjasama kesihatan awam, ekonomi dan transformasi digital, isu Laut China Selatan, situasi di Ukraine dan konflik di Myanmar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Saifuddin Abdullah
#Mesyuarat Menteri Luar ASEAN
#Phnom Penh
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan