awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada aktiviti kuari, pencemaran Teluk Akuan akibat hujan lebat - Exco Perak
Empat cedera kemalangan dua kenderaan lepas Banjaran Titiwangsa
Gabungan Nasionalis tekad perkukuh martabat bahasa, budaya Melayu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saifuddin mohon maaf secara terbuka berhubung isu lesen Finas

Bernama
Bernama
09/08/2020
10:21 MYT
Saifuddin mohon maaf secara terbuka berhubung isu lesen Finas
Saifuddin membuat permohonan maaf itu ketika berucap merasmikan Bengkel Kemahiran YouTube dan Komuniti Sinema 2020 Zon Selatan. - Bernama
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah menzahirkan permohonan maaf kepada pengguna media sosial atas kesilapan kenyataannya berhubung isu lesen Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), baru-baru ini.
"Sebagai menteri, saya kena minta maaf kerana ketika menjawab soalan itu di Dewan Rakyat pada 23 Julai, saya jawab lurus sangat.
"Rupanya orang politik tidak boleh lurus, bila lurus kena pelangkung (hentam)," katanya.
Beliau berkata selepas 20 jam menjawab soalan itu, beliau telah bincang perkara itu di Kabinet dan Kabinet putuskan bahawa orang ramai bebas menggunakan YouTube, Tik Tok untuk memuat naik kandungan.
"Jangan risau, tidak akan dikenakan apa-apa tindakan. Kebebasan itu dijamin sepenuhnya," katanya.
Saifuddin membuat permohonan maaf itu ketika berucap merasmikan Bengkel Kemahiran YouTube dan Komuniti Sinema 2020 Zon Selatan di Iskandar Malaysia Studios, di sini, hari ini.
Kejujuran beliau itu disambut dengan tepukan dan sorakan gemuruh oleh lebih 200 hadirin pada majlis berkenaan termasuk Youtuber atau penggiat YouTube popular Mat Dan dan Tuah Adzmi.
Kedua-dua mereka antara selebriti YouTube yang diundang sebagai panel dalam program itu yang bermula hari ini hingga esok.
Program anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) itu bertujuan mendedahkan bakat muda dengan ilmu media baharu khususnya YouTube dalam menjana pendapatan.
Pada 23 Julai lalu, Saifuddin menjadi topik hangat warganet apabila dilaporkan berkata penerbit filem termasuk media baharu seperti YouTube diwajibkan memohon Lesen Pengeluaran Filem dan Surat Perakuan Penggambaran (SPP), bagi penerbitan filem di platform media sosial atau saluran tradisi.
Kenyataan beliau itu mengundang kritikan pelbagai pihak khususnya generasi muda yang merupakan pengguna majoriti media sosial.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#filem
#FINAS
#media sosial
#politik
#Saifuddin Abdullah
#Tik Tok
#YouTube
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan