awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saifuddin sahkan Najib terima rawatan di hospital

Fareez Azman
Fareez Azman
22/03/2023
04:29 MYT
Saifuddin sahkan Najib terima rawatan di hospital
Saifuddin berkata, meskipun bergelar tahanan, bekas Ahli Parlimen Pekan itu mempunyai hak untuk mendapatkan rawatan sekiranya diperlukan.- Gambar/ Bernama
PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani rawatan di sebuah hospital di ibu negara atas faktor kesihatan.
Jelasnya, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia kepadanya pada Selasa.
"Semalam Ketua Pengarah Jabatan Penjara maklumkan saya benar beliau (Najib) dibawa ke hospital bagi menjalani rawatan bersabit kesihatan dia.
"Itu permohonan biasa dibolehkan Jabatan Penjara berikan pelepasan dalam tempoh tertentu," jelasnya.
Tambah Saifuddin, meskipun bergelar tahanan, bekas Ahli Parlimen Pekan itu mempunyai hak untuk mendapatkan rawatan sekiranya diperlukan.
"Bergelar tahanan sekalipun tidak menghilang hak dia (Najib) mendapatkan rawatan, saya fikir itu kaedah Kementerian Dalam Negeri (KDN) khususnya Jabatan Penjara menguruskan hal seperti ini," ujarnya lagi.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan KDN di sini pada Rabu.
BACA: Najib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru
Menurut laporan media, Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak beberapa hari lalu selepas dipercayai mengalami jangkitan pada paru-paru.
Najib pernah dimasukkan ke hospital kerana mengalami ulser kronik tahun lalu.
Najib mula menjalani hukuman penjara pada 23 Ogos lalu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Saifuddin Nasution
#Najib masuk hospital
#Najib berada di hospital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan