awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saifuddin sertai Mesyuarat Menteri Luar ASEAN-India di New Delhi

Bernama
Bernama
16/06/2022
09:03 MYT
Saifuddin sertai Mesyuarat Menteri Luar ASEAN-India di New Delhi
Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN-India (SAIFMM) dua hari itu bersempena ulang tahun ke-30 hubungan dialog antara kedua-dua pihak dan ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik India dengan ASEAN. - Foto BERNAMA
NEW DELHI: Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan rakan sejawatannya dari India dan Asia Tenggara menghadiri mesyuarat khas ASEAN-India di New Delhi pada Khamis untuk menyemak kemajuan kerjasama dan membincangkan hala tuju masa depan.
Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN-India (SAIFMM) dua hari itu bersempena ulang tahun ke-30 hubungan dialog antara kedua-dua pihak dan ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik India dengan ASEAN.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan semalam memaklumkan Saifuddin bersama Menteri Luar ASEAN yang lain turut akan menghadiri Dialog Delhi ke-12.
Bertemakan "Breaking Barriers, Building Bridges in Indo-Pacific", Saifuddin akan berucap pada sesi Panel Menteri mengenai 30 Tahun Hubungan ASEAN-India di Dialog Delhi ke-12.
Menteri Luar India, Subrahmanyam Jaishankar mengalu-alukan kehadiran rakan sejawatannya di Asia Tenggara dan Setiausaha Agung ASEAN Dato Lim Jock Hoi ke mesyuarat itu.
"Ketika ketidaktentuan global yang sedang melanda, sambil menyemak semula perjalanan selama 30 tahun yang lalu dan merencanakan laluan untuk dekad akan datang, penting untuk mengenal pasti beberapa keutamaan baharu sambil memastikan dapat merealisasikan lebih awal inisiatif yang sedang dijalankan.
"Peranan ASEAN hari ini mungkin lebih penting berbanding sebelum ini memandangkan cabaran geopolitik dan ketidaktentuan yang sedang dihadapi dunia," kata Jaishankar dalam ucapan pembukaannya.
Mesyuarat itu dipengerusikan bersama Jaishankar dan Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Luar
#Saifuddin Abdullah
#Malaysia
#India
#Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN-India
#SAIFMM
#ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan