awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SAINS adakan solat hajat minta hujan turun

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
12/02/2014
08:25 MYT
SAINS adakan solat hajat minta hujan turun
Cuaca yang semakin kering dan panas di beberapa kawasan di negara telah menyebabkan beberapa syarikat bekalan air mengambil langkah-langkah proaktif untuk menjimatkan penggunaan air.
Ini kerana paras empangan dan sungai di beberapa negeri sudah semakin menyurut.
Ketua Bahagian Perkhidmatan Koporat Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), Norzita Ismail berkata syarikat itu telah menerima arahan dari pihak kerajaan negeri untuk menganjurkan solat hajat meminta hujan.
“Kami akan mengadakan solat hajat secara besar-besaran esok. Pihak kerajaan negeri juga sedang mempertimbangkan pembenihan hujan tiruan,” katanya kepada Astro AWANI.
Norzita mengesahkan bahawa sungai-sungai di Negeri Sembilan semakin cetek akibat cuaca panas baru-baru ini.
Sementara itu, Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Priscilla Alfred berkata tempoh antara Januari sehingga April memang dijangka panas.
“Cuaca panas atau ‘kemarau’ ini memang biasa sekitar Januari sehingga April. Paras air di beberapa empangan dan sungai semakin menurun.
“Ini biasa berlaku semasa musim panas. Oleh itu, kami nasihatkan pengguna menggunakan air secara berhemah,” katanya.
Jabatan Meterorologi hari ini mengesahkan bahawa suhu cuaca di Semenanjung semakin meningkat daripada 35 darjah celcius minggu lepas ke 36 darjah celcius minggu ini.
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#priscilla alfred
#solat hajat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan