awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saksi kemalangan ambulans di Putrajaya diminta tampil bantu siasatan

Sinar Harian
Sinar Harian
27/10/2023
23:30 MYT
Saksi kemalangan ambulans di Putrajaya diminta tampil bantu siasatan
Video tular di aplikasi TikTok yang memaparkan sebuah ambulans terbalik selepas dirempuh sebuah kereta di Putrajaya tengah malam Khamis.
PUTRAJAYA: Sebuah ambulans membawa pesakit terlibat satu kemalangan jalan raya setelah bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Lebuh Bestari - Persiaran Perdana, dekat sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Asmadi Abdul Aziz berkata, dalam kejadian 11.45 malam itu, sebuah kereta jenis Audi TT FSI Auto dari Persiaran Perdana menuju ke Masjid Putra.
Beliau berkata, kereta tersebut melalui simpang empat lampu isyarat Lebuh Bestari menghala Persiaran Perdana.
Kata beliau, semasa kereta itu meneruskan perjalanan, lampu isyarat pada ketika itu berwarna hijau.
Katanya, sebuah ambulans tiba dari simpang kanan dengan memberi isyarat siren dan hon kecemasan.
"Kereta tersebut yang berada di lorong tengah dipercayai telah hilang kawalan dan tidak sempat membrek dan melanggar ambulans di bahagian kiri.
"Akibat kemalangan itu, ambulans tersebut terbalik di atas jalan raya, manakala mereka yang mengalami kecederaan telah dihantar ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Asmadi berkata, sewaktu kejadian, ambulans tersebut dalam perjalanan dari Presint 18 mengambil pesakit dan menghala ke Hospital Putrajaya.
Katanya, kenderaan yang terlibat dalam kemalangan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.
Menurutnya, pihaknya sedang membuat permohonan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian bagi tujuan siasatan.
Tambahnya, pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat dan berada di tempat kejadian tampil membantu siasatan.
Katanya, kemalangan tersebut disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Nahas
#Ambulans
#persimpangan lampu isyarat
#Asmadi Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan