awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saksi kemalangan di Pantai Sepat diminta tampil

Sinar Harian
Sinar Harian
04/04/2023
01:30 MYT
Saksi kemalangan di Pantai Sepat diminta tampil
Wan Zahari berkata, semasa kejadian BSPTD sedang melakukan operasi motosikal di KM 17, Jalan Pantai Sepat dan kemalangan berlaku dalam jarak dua kilometer dari lokasi polis. - Foto Sinar Harian
KUANTAN: Polis Kuantan meminta saksi kemalangan melibatkan seorang remaja di Pantai Sepat pada Ahad lalu tampil bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, remaja 17 tahun itu mengalami kecederaan parah dan kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
“Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) IPD Kuantan telah menerima maklumat pada jam 1.45 pagi semalam berhubung satu kemalangan jalan raya yang berlaku pada jam lebih kurang jam 6 petang di jalan Pantai Sepat, Kuantan Pahang.
“Nahas terbabit melibatkan mangsa berusia 17 tahun itu dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas sendiri. Satu kertas siasatan telah dibuka oleh BSPTD IPD Kuantan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam kenyataan di sini.
Mana-mana pihak yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Ibrahim Abd Rahman di talian 09- 5156111 atau 017-9070762.
Wan Zahari berkata, semasa kejadian BSPTD sedang melakukan operasi motosikal di KM 17, Jalan Pantai Sepat dan kemalangan berlaku dalam jarak dua kilometer dari lokasi polis.
"Mangsa kemalangan tidak melalui kawasan operasi yang dijalankan oleh BSPTD dan operasi dijalankan tamat jam 6.30 petang tanpa sebarang insiden," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#saksi kemalangan
#Pantai Sepat
#Wan Mohd Zahari Wan Busu
#bantu siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan