SHAH ALAM: Saksi pendakwaan keenam memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu bahawa, tiada dalam pengetahuannya Syed Muhammad Danial Syed Syakir seorang penagih dadah.
Bahanizam Hassan, 54, berkata demikian ketika perbicaraan kes bunuh Syed Muhammad Danial yang dikatakan berlaku di Kilometer 293.6, Lebuh Raya Utara Selatan pada jam 1 tengah hari hingga 2 petang, 10 Ogos 2019.
Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Wee Choo Keong yang mewakili Yew Wei Liang, Bahanizam yang bekerja sebagai juruteknik berkata tidak setuju, apabila dicadangkan bahawa Syed Muhammad Danial mengubah lorong secara tiba-tiba kerana berada di bawah pengaruh dua jenis dadah.
Soalan Choo Keong yang menyentuh jenis dadah itu, mendapat bantahan daripada Timbalan Pendakwa Raya, Aidatul Azura Zainal Abidin.
“Saya tidak bantah soalan di bawah pengaruh dadah, tetapi saya bantah apabila peguam menyebut secara spesifik, sedangkan saksi ini tidak tahu.
“Soalan ini adalah menggusar kepada si mati, Yang Arif,” katanya.
Peguam kemudian meneruskan pemeriksaan balas dengan beberapa soalan lain namun sekali lagi menyoal saksi dengan soalan yang sama dengan menyatakan jenis dadah itu secara terperinci.
Ia sekali gus menyebabkan Aidatul Azura membuat bantahan buat kali kedua.
Semasa prosiding, Choo Keong bertanya sama ada bersetuju atau tidak, bahawa Bahanizam lebih tertarik untuk melihat Perodua Axia kerana pemandu kereta itu mengubah haluan dari lorong kanan ke lorong tengah, kerana dia membawa kenderaan secara berbahaya.
Bahanizam: Tidak.
Choo Keong: Setuju atau tidak, pemandu Perodua Axia ubah haluan kerana mabuk atau dipengaruhi dadah berbahaya?
Bahanizam: Tidak.
Choo Keong: Setuju atau tidak, ketika mengubah haluan, berlaku perlanggaran?
Bahanizam: Tidak
Choo Keong: Encik ada cakap, kereta yang Encik pandu ketika kejadian adalah Honda Civic Saloon?
Bahanizam: Ya
Choo Keong: Kereta itu rendah, enam inci dari jalan raya.
Bahanizam: Ya
Choo Keong: Setuju atau tidak, masa di lorong kiri, jika ada kereta di sebelah, encik susah nak nampak apa yang berlaku di lorong kanan?
Bahanizam: Setuju.
Bagaimanapun, saksi ini berkata tidak bersetuju apabila peguam mencadangkan, bahawa keterangannya di mahkamah adalah bersifat prejudis terhadap anak guamnya.
Bahanizam memberi jawapan sama iaitu tidak setuju, apabila Choo Keong berpendapat, ketika di lokasi kejadian, dia melemparkan tuduhan liar terhadap pemandu Toyota Inova semata-mata dan bukannya membantu Syed Danial yang tercedera.
Pada 22 Ogos 2019, Yew Wei Liang yang bekerja dalam bidang IT, didakwa membunuh Syed Muhammad Danial Syed Syakir yang dikatakan berlaku di Kilometer 293.6, Lebuh Raya Utara Selatan pada jam 1 tengah hari hingga 2 petang, pada 10 Ogos tahun sama.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Prosiding di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Julia Ibrahim bersambung Khamis.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Nov 17 2021
Paparan skrin video yang tular di media sosial berhubung kemalangan membabitkan Syed Danial pada 2019 lalu. -Foto Sinar Harian
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bekas pekerja IT bersalah sebabkan kematian Syed Danial
Hakim memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Kes bunuh Syed Danial, Wei Liang diperintah bela diri
Mahkamah Tinggi memerintahkan Yew Wei Liang membela diri atas tuduhan membunuh Syed Muhammad Danial Syed Syakir, di Lebuhraya Utara Selatan, empat tahun lalu.
Saksi tidak setuju Syed Muhammad Danial memandu di bawah pengaruh dadah
Bahanizam berkata tidak setuju apabila dicadangkan bahawa Syed Muhammad Danial mengubah lorong secara tiba-tiba kerana berada di bawah pengaruh dua jenis dadah.
Kertas siasatan kematian Syed Muhammad Danial diserah kepada TPR
Polis kini hanya menunggu arahan daripada TPR untuk tindakan selanjutnya.
Netizen kongsi dua video insiden kemalangan
Video pertama berdurasi 29 saat itu menunjukkan situasi di mana kereta Axia yang dipandu arwah Syed Muhammad Danial dilihat berhenti di tepi lorong paling kanan lebuh raya.
Tunku Azizah ucap takziah kepada keluarga Syed Muhammad Danial
Al-Fatihah...takziah dari saya dan Tuanku (Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah)...sedih sangat!
PLUS sedia beri kerjasama dalam siasatan kes gaduh dan langgar di Bangi
PLUS dalam kenyataannya juga melahirkan rasa sedih dan kesal terhadap inisiden yang menyebabkan kehilangan nyawa seorang pengguna lebuh raya itu.