KUALA LUMPUR: Warga emas perlu diberi keyakinan dan maklumat yang betul bagi membolehkan mereka segera mengambil dos penggalak.
Pakar Kesihatan Awam, UPM, Prof Madya Dr Malina Osman berkata, angka yang menunjukkan masih ramai warga emas tidak mengambil dos penggalak mungkin berpunca daripada tiadanya penerangan yang betul tentang kepentingan dan kesan sampingan yang mungkin dialami.
"Saya dapati semasa pemberian dos penggalak pada November lalu, terdapat perubahan dari segi prasarana daripada pusat pemberian vaksin (PPV) kepada klinik swasta atau pusat perubatan yang lebih kecil.
"Jadi kadang-kadang mereka tidak diberikan maklumat atau nasihat yang tepat, dan apabila ada kesan sampingan, yang mungkin tak ada kaitan pun dengan vaksin, tetapi mereka menceritakan perkara itu kepada orang lain dan akhirnya menimbulkan rasa takut.
"Ini ditambah pula dengan pendapat dalam kalangan warga emas, ada yang merasakan cukuplah dengan dua dos vaksin, mereka rasa tidak perlu lagi untuk dapatkan booster.
"Ada juga kemungkinan mereka mendapat kesan sampingan semasa mendapatkan dos primer dahulu, menyebabkan mereka serik atau enggan lalui proses sama lagi," katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI, hari ini.
Justeru, Dr Malina melihat mereka yang rapat terutama anak-anak, perlu melipat gandakan usaha, memberi maklumat yang betul, selain memberi tumpuan terhadap semua masalah kesihatan yang timbul.
"Ini penting kerana banyak salah faham yang mengaitkan kesan sampingan dos vaksin atau penggalak, sedangkan mungkin ia berlaku sebab masalah tekanan darah, paras gula atau masalah jantung yang tidak diberi rawatan sewajarnya.
"Mereka perlu difahamkan yang kesan sampingan seperti demam, sakit badan dan sebagainya adalah kesan biasa.
"Jangan bandingkan kesan sampingan vaksin dengan situasi semasa sihat, sepatutnya kena bandingkan kesan vaksin dengan situasi jika mendapat jangkitan kerana tanpa vaksin atau dos penggalak, ada risiko mendapat jangkitan lebih teruk, mendapat komplikasi serius, long covid malah terdedah risiko kematian," jelasnya.
Tambahnya, kesan sampingan vaksin yang serius dan sering digunakan untuk menakutkan orang ramai seperti radang jantung, sangat jarang berlaku malah pemerhatian klinikal mendapati semua kes ditangani dengan baik.
Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan terdapat kira-kira 32 peratus atau satu juta warga emas yang belum mendapatkan suntikan dos penggalak.
BACA: Status vaksinasi bertukar jika tidak ambil dos penggalak - KJ
"KKM ingin memaklumkan sekali lagi, semua penduduk berusia 60 tahun dan ke atas atau penerima dos lengkap vaksin Sinovac berusia 18 tahun dan ke atas perlu mengambil suntikan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap sebelum 1 Mac 2022," katanya pada sidang media di sini, pada Isnin.
Madiha Abdullah
Tue Feb 08 2022
Mereka perlu difahamkan yang kesan sampingan seperti demam, sakit badan dan sebagainya adalah kesan biasa. - Gambar hiasan/Bernama
Dua beregu negara buru gelaran juara BWF 2024
Dua beregu negara iaitu beregu profesional Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee We akan turun hari ini beraksi di Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China bagi memburu gelaran juara dan membawa pulang wang tunai hampir sejuta ringgit.
Perkembangan Kongres Khas PKR
Kongres Khas PKR bagi meminda perlembangaan parti sedang berlangsung pada ketika ini di Shah Alam Selangor.
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Jangan ada sikap kawan makan kawan - Puteri UMNO
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi mengingatkan agar pemimpin termasuk anggota UMNO tidak memiliki sikap ‘kawan makan kawan’ dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
[TERKINI] Tengku Zafrul akan umum kedudukan dalam masa terdekat
Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz menyatakan beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kedudukan politiknya dalam masa terdekat.
Ketika ditanya sama ada beliau akan meninggalkan Umno, beliau berkata akan mengeluarkan kenyataan pada sebelah petang.
Ketika ditanya sama ada beliau akan meninggalkan Umno, beliau berkata akan mengeluarkan kenyataan pada sebelah petang.
Pelumba 'drag battle' maut, kereta hilang kawalan di litar perlumbaan
Seorang peserta 'drag battle' maut dalam kemalangan ketika acara perlumbaan berlangsung di Litar Sandakan Turf Club Batu 5, di sini pada Sabtu.
Perlembagaan PKR tidak boleh statik selamanya - Saifuddin
Beberapa lagi pindaan signifikan Perlembagaan PKR bakal diputuskan dalam Kongres Khas parti itu yang berlangsung pada Ahad.
Pelbagai usaha dilaksana Kerajaan Madani jaga kebajikan rakyat
Pelbagai anjakan dan reformasi yang mengutamakan kebajikan rakyat diusahakan dalam pentadbiran Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepanjang tahun ini.
Usaha Katiravan Subrayan selamatkan planet bawa beliau ke Antartika
Katiravan menjadi antara segelintir rakyat Malaysia yang menjejakkan kaki ke benua berais itu.
Piala AMEC: Persatuan Bola Sepak Thailand tampung kos penyokong Malaysia cedera dipukul
PENYOKONG Malaysia yang tercedera akibat dipukul oleh penyokong tuan rumah di Stadium Rajamangala, Bangkok malam tadi, mendapat perhatian segera daripada Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT).
Tengku Zafrul akan perjelas spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat
Tengku Zafrul akan membuat kenyataan berhubung khabar angin penyertaannya ke PKR dalam masa terdekat.
7,294 kes COVID-19 dicatatkan di Perak sepanjang tahun ini
Sebanyak 7,294 kes COVID-19 direkodkan di Perak sejak 1 Jan hingga 16 Dis lepas berbanding 108,859 kes dicatatkan bagi tempoh sama, tahun lepas.
COVID-19: Kes aktif varian Omicron bergejala ringan - Pakar perubatan
Beliau berkata kes COVID-19 dijangka berkurangan selepas satu bulan berdasarkan pemerhatian trend jangkitan virus oleh KKM.
Johor galakkan imam, jemaah ambil dos penggalak vaksin COVID-19
Imam, bilal dan jemaah masjid di Johor digalakkan mengambil suntikan dos penggalak susulan peningkatan kes COVID-19 ketika ini.
COVID-19: Tiada arahan wajibkan semua rakyat Malaysia dapatkan dos penggalak - Fahmi
Tiada arahan atau kewajipan untuk seluruh rakyat Malaysia mengambil suntikan dos penggalak vaksin susulan peningkatan kes COVID-19.
COVID-19: KKM saran dos penggalak ketiga untuk golongan rentan
KKM menyarankan pengambilan dos penggalak ketiga vaksin COVID-19 terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi berikutan peningkatan kes kebelakangan ini.
Vaksin COVID-19: Penerima dos penggalak kedua terus meningkat
Bilangan penerima dos penggalak kedua kini melepasi 2.5 peratus, mewakili 819,670 individu.
COVID-19: Sambutan dos penggalak masih kurang memuaskan - Dr Zaliha
Sambutan orang ramai terhadap pengambilan dos penggalak vaksin COVID-19 masih kurang memuaskan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Vaksin COVID-19: Australia lancar dos penggalak kelima
Keputusan itu memperluaskan kelayakan suntikan dos penggalak merangkumi kira-kira 14 juta orang yang akan ditawarkan vaksin.
Orang ramai ada sebab tersendiri lengkapkan dos penggalak COVID-19
Walaupun pengambilan dos penggalak kedua vaksin COVID-19 tidak diwajibkan namun orang ramai yang secara sukarela mengambilnya mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian.
Vaksin COVID-19: FDA cadang pemberian tahunan
Pemberian vaksin tersebut disifatkan seperti pemberian suntikan vaksin influenza bertujuan untuk memudahkan strategi COVID-19.