awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS salur RM442,817 bantuan untuk mangsa banjir di Malaysia

Bernama
Bernama
12/12/2024
04:10 MYT
AS salur RM442,817 bantuan untuk mangsa banjir di Malaysia
Bantuan disalurkan menerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia untuk menyediakan barangan keperluan dan perkhidmatan penting.- Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) melalui Agensi Pembangunan Antarabangsa AS (USAID) menyalurkan sumbangan berjumlah RM442,817 (US$100,000) bagi menyokong usaha bantuan kepada mangsa banjir di Malaysia.
Bantuan itu disalurkan menerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia untuk menyediakan barangan keperluan dan perkhidmatan penting kepada komuniti yang terjejas.
"Doa kami bersama mereka yang terkesan akibat banjir yang dahsyat di Malaysia. Bersama Kerajaan Malaysia, kami komited untuk membantu komuniti pulih dan membina semula," menurut Kedutaan AS di Kuala Lumpur menerusi hantaran di Facebook.
Hantaran berkenaan turut memaparkan video berdurasi 1.18 minit yang menunjukkan Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Kelantan menghantar bantuan kepada mangsa terjejas.
USAID turut merakamkan penghargaan kepada pasukan penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa dan melindungi golongan rentan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerajaan Amerika Syarikat
#bantuan
#mangsa banjir
#Banjir 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan