Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa pihak berkuasa negeri berkaitan pencemaran bertindak tegas dengan melakukan 'pemutihan' kilang-kilang dan binaan berhampiran sungai bagi memastikan kebersihan dan keselamatan sungai sebagai sumber air terpelihara.
Penyelidik Lapangan SAM Meor Razak Meor Abdul Rahman berkata bukan hanya di Selangor, malah pengezonan semula kilang-kilang dan binaan berhampiran sungai di setiap negeri perlu dilakukan supaya sisa buangan tidak lagi dialirkan terus ke sungai.
"Ia sebagai langkah pencegahan sebelum isu pencemaran di Sungai Selangor berulang.
"Dalam pada (menunggu) undang-undang dan peraturan sedia ada ditambah baik atau dipinda, sebenarnya agensi berkaitan masih boleh melakukan penguatkuasaan di bawah undang-undang sedia ada dengan meminta mana-mana kilang yang melanggar syarat nyata kegunaan tanah seperti dalam geran hak milik memindah atau meroboh bangunan mereka," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau mengulas kejadian gangguan bekalan air di Selangor beberapa hari lepas akibat pencemaran di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang yang berpunca daripada aktiviti kilang berhampiran sumber air loji berkenaan.
Mengulas lanjut, Meor Razak berkata tindakan penguatkuasaan ini boleh dilakukan di bawah Kanun Tanah Negara iaitu jika terdapat kilang atau industri yang melanggar syarat guna tanah dengan melakukan aktiviti di luar daripada syarat yang ditetapkan dalam geran masing-masing, premis mereka boleh dirobohkan.
Sebagai contoh katanya, pemilik geran yang syarat asalnya menggunakan tanah untuk industri, tetapi mengubah kilang menjadi bengkel dan menghasilkan sisa berupa minyak yang dibuang ke dalam sungai sekali gus menyebabkan pencemaran.
"Apabila pencemaran ini berlaku, agensi di peringkat persekutuan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) boleh mengambil tindakan apabila pihak-pihak tidak bertanggungjawab melepaskan sisa buangan ke badan air daratan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655)".
Beliau berpandangan kenaikan denda daripada RM500,000 kepada RM1 juta adalah langkah yang baik, namun ia tidak cukup bagi menginsafkan golongan tamak haloba yang tidak pernah memikirkan kepentingan orang awam.
Peranan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula perlu diperkasa, bukan sekadar berperanan sebagai agensi pelaksana yang menguruskan badan air tetapi perlu diberi peranan sebagai agensi yang boleh menguat kuasa, katanya.
Ketika ini, katanya sekiranya berlaku kesalahan-kesalahan berkaitan penerokaan dan pencemaran sungai khususnya, JPS tidak boleh mengambil tindakan.
Garis panduan Manual Pembangunan Pesisiran Sungai perlu dipertingkat supaya menjadi peruntukan undang-undang, katanya.
Meor Razak juga menegaskan penguatkuasaan yang dilihat lemah pada ketika ini perlu diperkasa bagi memastikan kilang-kilang yang mungkin bersifat 'bom jangka' yang boleh menyebabkan pencemaran pada bila-bila masa ini diurus dengan baik.
Sementara itu, dalam rancangan Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi, pakar kualiti air Dr Zaki Zainudin mendesak kerajaan negeri supaya mengeluarkan senarai industri berisiko dan tidak boleh berada di kawasan muka sauk (tempat mengambil air) untuk menjadi rujukan kepada semua agensi bagi mengelak pencemaran di kawasan sumber air.
Katanya pihak berkuasa negeri yang bertanggungjawab terhadap pengurusan air perlu mewujudkan senarai itu supaya ia boleh dijadikan sebagai satu perintah untuk agensi-agensi negeri dan persekutuan.
Semalam, Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kementeriannya akan menubuhkan Unit Jenayah Alam Sekitar dalam masa terdekat bagi menangani isu pencemaran.
Bernama
Wed Sep 09 2020
Pihak berkuasa negeri berkaitan pencemaran bertindak tegas dengan melakukan 'pemutihan' kilang-kilang dan binaan berhampiran sungai. - Bernama
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
SAM gesa 'pemutihan' kilang di kawasan sungai, elak pencemaran air berulang
Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa pihak berkuasa negeri berkaitan pencemaran bertindak tegas dengan melakukan 'pemutihan' kilang-kilang dan binaan berhampiran sungai.