PETALING JAYA: Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) mahu menjadikan modul Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) sebagai panduan dalam memantapkan usaha persatuan menjaga kebajikan ahlinya.
Pemangku Setiausaha SAM Wan Norbazly Wan Azmi berkata persatuan itu bersedia memperkasakan agendanya termasuk menyantuni ahli dan bekas wartawan sukan di seluruh negara dengan lebih aktif.
"Mungkin selepas ini kita akan ziarah wartawan-wartawan sukan, legenda-legenda kewartawanan sukan di Malaysia dengan lebih ramai lagi...,bantuan lebih baik untuk mereka sama ada meraikan Aidilfitri ataupun sambutan Ramadan," katanya selepas kejohanan Tenpin Boling SAM-YAKEB di sini, semalam.
SAM sebelum ini menggerakkan program SAM Prihatin dengan melawat dan menyampaikan sumbangan kepada veteran yang terjejas akibat komplikasi kesihatan, selain menyalurkan bantuan persekolahan kepada 72 penerima terdiri daripada anak-anak kepada 40 ahli SAM yang terpilih menerusi program Kasih Prihatin Back to School.
Ia antara modul kebajikan dipraktikkan YAKEB yang terkenal dengan usaha menjaga kebajikan bekas atlet negara, termasuk program turun padang menjelajah seluruh negara.
Terdahulu, hampir 100 pengamal media mengambil bahagian dalam edisi kedua kejohanan yang dianjurkan dengan kerjasama SAM dan YAKEB di Sunway Pyramid di sini.
"Kita nampak penambahan penyertaan pasukan dan juga tambahan daripada ahli-ahli SAM serta YAKEB untuk menjayakan kejohanan hari ini," kata Pengerusi YAKEB Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 09 2024
SAM antara lain menggerakkan program SAM Prihatin dengan melawat dan menyampaikan sumbangan kepada wartawan sukan veteran yang terjejas akibat komplikasi kesihatan.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
SAM mahu ikut modul YAKEB bantu ahli, bekas wartawan sukan
SAM sedia memperkasakan agendanya termasuk menyantuni ahli dan bekas wartawan sukan di seluruh negara dengan lebih aktif.
SAM terima suntikan geran RM100,000 daripada KBS
Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) hari ini menerima suntikan geran sebanyak RM100,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Mike Mahen, Liek Hou dinobat Atlet Terbaik Anugerah 100PLUS Perpaduan SAM 2022
Mike dan Liek Hou masing-masing menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000 yang disampaikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Azeem dipilih penerima Anugerah Khas 100PLUS
Pelari pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Fahmi dipilih sebagai penerima Anugerah Khas 100PLUS sempena majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2022.
Norza dipilih Tokoh Kepimpinan Sukan Anugerah SAM-100PLUS 2022
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan.
Hakim Danish, MAKAF diiktiraf pada Anugerah SAM-100PLUS 2022
Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysiamemilih pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli sebagai penerima anugerah Atlet Muda Terbaik pada majlis Anugerah SAM-100PLUS 2022.
SAM kecewa cara Teong Kim santuni petugas media selepas kekalahan Perak
SAM menzahirkan kekecewaan terhadap cara ketua jurulatih Perak Datuk Lim Teong Kim menyantuni petugas media selepas tamat aksi Liga Super antara Perak dan JDT di Stadium Perak, Ipoh, semalam.
Anugerah Perpaduan SAM: Astro Arena menang tiga kategori
Selepas dua tahun ditangguhkan, anugerah itu kembali dengan mempertandingkan 17 anugerah daripada lapan kategori.
SAM gesa kaji semula SOP liputan media semasa perlawanan MFL
MFL disaran mengkaji semula beberapa peraturan ditetapkan terhadap pihak media yang membuat liputan saingan Liga Super dan Liga Premier musim 2021.
SAM harap khabar positif daripada Perdana Menteri
Presidennya, Jasni Shafie dalam kenyataan semalam berkata pelan yang akan dilaksanakan itu diharap dapat memberikan juga tumpuan terhadap usaha membantu memulihkan industri media di negara ini.