PUTRAJAYA: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad gagal memperoleh kebenaran bagi meneruskan rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan mengetepikan ganti rugi berjumlah RM80,000 yang diberikan kepadanya dalam satu saman fitnah.
Khalid telah menyaman bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Profesor Datuk Mahamad Naser Disa yang didakwa memfitnahnya berhubung isu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.
Pada 17 Julai 2019, Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan yang memihak kepada Khalid dan memerintahkan Mahamad Naser membayar ganti rugi itu.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 28 Jan lepas membenarkan rayuan Mahamad Naser untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menyebabkan Khalid memfailkan permohonan bagi memperoleh kebenaran membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan.
Permohonan beliau didengar oleh panel tiga hakim terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam prosiding yang berlangsung secara dalam talian.
Dalam penghakimannya, Rohana yang mengetuai panel itu berkata, mahkamah telah menimbang semua hujah yang dikemukakan dan mendapati permohonan Khalid tidak memenuhi syarat untuk diberikan kebenaran meneruskan rayuan.
Justeru, beliau menolak permohonan itu dan mengarahkan Khalid membayar kos sebanyak RM30,000.
Pada Disember 2017, Khalid menyaman Mahamad Naser selepas mendakwa defendan telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya dalam satu seminar anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 28 Sept 2017 di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam.
Khalid mendakwa Mahamad Naser di dalam ceramah bertajuk `Wacana isu semasa dan perundangan peringkat negeri Selangor: Doktrin: Cabaran dan Perlembagaan', telah membuat pernyataan antaranya menggambarkan plaintif menentang sekeras-kerasnya RUU 355, menentang pelaksanaan hukum syarak termasuk hudud dan menentang usaha memperkasa Mahkamah Syariah.
Pesuruhjaya Kehakiman Rohani Ismail dalam penghakimannya memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi mendapati tiada keterangan yang menunjukkan Khalid telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau menentang RUU355.
Khalid diwakili peguam Muhammad Faiz Fadzil manakala Datuk Hasnal Rezua Merican mewakili Mahamad Naser. - BERNAMA
Bernama
Mon Oct 17 2022

Khalid Abdul Samad gagal memperoleh kebenaran bagi meneruskan rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan mengetepikan ganti rugi berjumlah RM80,000 yang diberikan kepadanya dalam satu saman fitnah. - Gambar fail Astro AWANI

APM mohon kerajaan pertimbang 1,501 jawatan kontrak
Penambahan perlu dibuat kerana rakyat Malaysia memiliki pengetahuan yang luas dan berjiwa besar untuk menjadi anggota APM.

SSM cadang semak semula kriteria pengecualian audit bagi syarikat persendirian di Malaysia
SSM berkata, cadangan semakan semula itu akan dijalankan melalui kaedah konsultatif.

Parti pembangkang India mahu Adani Group disiasat
Tuntutan parti pembangkang supaya isu itu dibincangkan di parlimen ditolak.

Pakej internet murah: Perlu tingkat kualiti perkhidmatan di Sabah
Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap akan tidak begitu bermakna sekiranya liputan internet masih tidak mencapai tahap yang memuaskan.

Pemain industri makanan perlu kerjasama jayakan pelaksanaan Menu Rahmah
Pengusaha makanan dan minuman perlu bekerjasama dalam menjayakan seruan kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup menerusi pelaksanaan Program Menu Rahmah.

Bekas CEO CAAM kini CEO penerbangan Kumpulan Berjaya
Berjaya Land Bhd melantik Datuk Kapten Chester Voo sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) bagi penerbangan kumpulannya.

Tze Yong wakil tunggal negara di Thailand Masters
Ng Tze Yong, menjadi wakil tunggal negara yang meneruskan perjuangan dalam saingan Thailand Masters.

Politik Pakistan | Polis Pakistan tahan bekas Menteri Kabinet Imran Khan
Polis Pakistan menahan ahli politik terkenal negara itu Sheikh Rashid Ahmed, Penahanan dibuat beberapa hari selepas beliau menuduh menuduh bekas Presiden Asif Ali Zardari terlibat cubaan membunuh bekas Perdana Menteri Imran Khan.

10 Berita Pilihan - (02 Februari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Stadium Shah Alam | Kos akan diperincikan selepas selesai sesi libat urus
Kos pembangunan semula Stadium Shah Alam akan diperincikan selepas pameran dan sesi libat urus awam berkaitan stadium itu selesai, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Saman fitnah: Ahmad Amzad perlu fail pernyataan pembelaan 6 Feb
Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Ahmad Amzad Hashim perlu memfailkan pernyataan pembelaan dalam saman fitnah difailkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 6 Feb ini.

Ucapan ceramah PRU15 tidak berunsur fitnah terhadap Anwar - Muhyiddin
Muhyiddin mendakwa ucapannya semasa ceramah 'Grand Finale Perikatan Nasional Padang Serai' pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak berunsur fitnah.

Pengurusan kes saman fitnah difail Anwar terhadap Muhyiddin 23 Februari ini
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 23 Februari depan bagi pengurusan kes saman fitnah difailkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sanusi sudah fail penyataan pembelaan saman Anwar
Pembelaan terhadap kes saman itu dilakukan sebaik sahaja menerima perintah mahkamah.

MB Kedah diarah fail pernyataan pembelaan dalam kes saman Anwar selewat-lewatnya 13 Feb
Saman berkenaan berhubung ucapan berbaur fitnah dalam satu kempen ceramah 'Jelajah PN Best Tambun'.

Razman diarah fail pernyataan pembelaan dalam kes saman Anwar selewatnya 31 Jan
Mahkamah mengarahkan Razman memfailkan pernyataan pembelaan dalam saman fitnah yang difailkan Anwar Ibrahim terhadapnya, selewat-lewatnya 31 Jan ini.

Isu Menara KL: Annuar Musa ambil tindakan undang-undang terhadap 3 individu
Annuar yang juga bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata beberapa hantaran di media sosial telah menjejaskan imej dan reputasinya.

Bicara kes saman fitnah SM Faisal terhadap aktivis Mona Din bermula 14 Ogos 2023
Perbicaraan kes saman fitnah ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap aktivis, Mona Din ditetapkan selama empat hari bermula 14 Ogos depan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Amber Heard setuju bayar AS$1 juta, selesai saman fitnah terhadap Johnny Depp
Heard bagaimanapun berkata keputusan itu "bukan tanda bersetuju", sebaliknya kerana dia "hilang kepercayaan terhadap sistem perundangan Amerika Syarikat".

Saman PM: Isu peribadi, tidak jejas hubungan Kedah-Persekutuan - Sanusi
Katanya, ia isu peribadi antara dirinya dan Anwar, maka tidak perlu dilibatkan dengan perihal pentadbiran kerajaan.