NATIONAL
Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus

Lim Guan Eng (kanan) memfailkan rayuan terhadap sebahagian keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) membayar ganti rugi RM1.35 juta kepadanya. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Presiden DAP Lim Guan Eng memfailkan rayuan terhadap sebahagian keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin membayar ganti rugi RM1.35 juta kepadanya kerana memfitnah berhubung pembatalan pengecualian cukai kepada Yayasan Albukhary.
Ringkasan AI
- Lim Guan Eng memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin membayar ganti rugi RM1.35 juta kerana memfitnah, kerana tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas pampasan.
- Mahkamah Tinggi memerintahkan Muhyiddin membayar RM1.35 juta sebagai ganti rugi dan kos RM50,000 kepada Lim, berhubung kenyataan fitnah mengenai pengecualian cukai kepada Yayasan Albukhary.
- Mahkamah memberikan penangguhan bersyarat kepada Muhyiddin, memerintahkan beliau membayar RM400,000 pada 31 Disember dan baki RM1.02 juta pada 27 Januari 2025.
Mahkamah Rayuan menetapkan 6 Feb tahun depan untuk pengurusan kes itu.
Pada 8 Nov lepas, Mahkamah Tinggi memerintahkan Ahli Parlimen Pagoh itu membayar RM1.35 juta sebagai ganti rugi kerana memfitnah Lim.
Roz Mawar membuat keputusan itu selepas mendapati Lim berjaya membuktikan kesnya dan turut memerintahkan Muhyiddin membayar kos RM50,000 kepada ahli politik berkenaan.
Ahli Parlimen Bagan itu memfailkan saman terhadap Muhyiddin berhubung tiga kenyataan berunsur fitnah di laman Facebook yang melibatkan beliau dalam isu pengecualian cukai pada 9, 11 dan 12 Mac 2023.
Lim turut mendakwa kenyataan fitnah itu juga bermaksud beliau menyalahgunakan kedudukan dan kuasa beliau dengan memberi kuasa atau mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri mengenakan cukai serta penalti terhadap yayasan kebajikan itu, sedangkan mereka tidak sepatutnya dikenakan cukai.
Pada 16 Dis lepas, Roz Mawar memberikan penangguhan bersyarat kepada Muhyiddin berhubung pembayaran ganti rugi itu dan memerintahkan beliau membayar RM400,000 pada 31 Dis ini serta baki RM1.02 juta pada 27 Jan 2025.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami