Pengusaha teksi disaran agar menyambut baik saranan pembatalan kawal selia syarat untuk pemandu teksi oleh Kementerian Pengangkutan bagi memastikan mereka dapat bersaing dengan teksi Uber dan GrabCar.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata penyahkawalseliaan peraturan yang akan dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) itu sudah pastinya akan membolehkan mereka bersaing dengan perkhidmatan berteknologi baharu itu.
Jelasnya sudah tentulah pengusaha teksi akan mendapat faedah dengan cadangan tersebut berikutan peraturan tambahan akan dikenakan kepada pemandu Uber dan GrabCar yang pasti akan menyelaraskan platfom yang sama bagi perkhidmatan teksi.
"Sudah sampai masanya pemandu teksi menjadi lebih berdaya saing dan fleksibel selepas Kabinet meluluskan operasi GrabCar Dan Uber secara sah di negara ini.
"Mereka (pengusaha teksi) tidak boleh memberhentikan operasi hanya kerana mereka perlu bersaing dengan Uber dan GrabCar. Ini kerana teknologi dan aplikasi sentiasa berkembang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pintu Gerbang Tokong Sheng Fong Kong di sini pada Ahad yang bersama Menteri Perusahaan Peladangan Dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong.
Liow berkata SPAD akan memaklumkan mengenai peraturan penyelarasan perkhidmatan pemandu teksi dan GrabCar dalam masa terdekat.
Ditanya mengenai langkah Kementerian Kewangan (MoF) untuk mengkaji mekanisme percukaian terhadap perkhidmatan Uber dan GrabCar, beliau menjelaskan pihaknya tidak mempunyai sebarang halangan bagi tujuan itu.
"Terpulang kepada MoF kerana itu merupakan portfolio mereka dalam memastikan apabila ada keuntungan dan hasil syarikat yang menjalankan perniagaan, mereka perlu membayar cukai.
"Kita akan kaji sistem cukai sedia ada untuk melihat sama ada perlu atau tidak pengendali Uber dan GrabCar membayar cukai kepada kerajaan," katanya.
Terdapat kira-kira 77,000 pemandu teksi berdaftar di negara setakat ini.
Bernama
Mon Aug 15 2016
Penyahkawalseliaan peraturan yang akan dilakukan oleh SPAD pastinya akan membolehkan mereka bersaing dengan teksi Uber dan GrabCar. -Gambar fail
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Cadangan denda Grab RM86.77 juta: MyCC mohon kebenaran rayu keputusan mahkamah
MyCC telah memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan Grab dan dua anak syarikatnya memulakan semakan kehakiman.
PKP 2.0: GrabFood beroperasi 7 pagi hingga 8 malam
Grab akan menjamin gaji pemandu e-hailing diteruskan, meskipun permintaan bakal menurun pada tempoh PKP.
Digitalisasi ekonomi ruang baharu PKS
Sebagai sebuah platform dalam talian dan penggerak teknologi di negara ini, Grab Malaysia terus menjadi medium membantu mereka yang kehilangan punca pendapatan akibat pandemik itu.
Inisiatif baharu Grab fokus bantu perniagaan kecil pada bulan Ramadan
Grab menyenarai masuk lima buah pasar raya di sekitar Selangor ke dalam perkhidmatan Pasar by GrabMart yang akan beroperasi pada 24 April.
Perkhidmatan penghantaran bantu pengusaha restoran, orang ramai
Permintaan tinggi terhadap perkhidmatan penghantaran makanan telah membantu perniagaan restoran berjalan lancar walaupun negara kini dalam Perintah Kawalan Pergerakan.
MyCC cadang Grab didenda RM86 juta akibat menindas
MyCC bercadang untuk mengenakan denda berjumlah RM86,772,943.76 terhadap Grab serta penalti kewangan harian sebanyak RM15,000 sehari
Isu ramai pemandu e-hailing gagal lesen PSV akan dijawab menteri
Persatuan Pemandu Grab Malaysia (GDMA) bingung apabila dimaklumkan kadar kegagalan lulus peperiksaan Lesen Vokasional (PSV-Teksi/E-hailing) sangat tinggi.
Ternampak mereka? Dua gadis pelajar SMK Assunta hilang sejak Ahad
Dua gadis remaja Natshatra Navanita, 15 tahun dan Divyaa Munian, 16 tahun hilang sejak Ahad lepas pada 11.40 malam.
Dua warga Myanmar ditahan bantu kes bunuh pemandu Grab
Polis telah mengenal pasti identiti penumpang terakhir yang diambil mangsa dipercayai menggunakan perkhidmatan e-hailing GrabCar daripada pihak pengurusan perkhidmatan itu.
Toyota labur USD1 bilion dalam Grab
Toyota telah membuat penilaian terhadap Grab dan meletakkan nilainya pada jumlah USD10 bilion.