Sambutan Hari Malaysia adalah sebuah acara yang menjadi simbolik kepada kesepakatan yang sangat penting antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak.
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata hubungan akrab antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak memperlihatkan perjalanan yang jelas untuk memperjuangkan hak Sabah dan Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
“Kesepakatan ini penting dalam menyuntik semangat memastikan apa jua yang dilaksanakan berlandaskan kepada Perlembagaan Malaysia untuk menghormati Perjanjian Malaysia (MA63),” kata Awang Tengah.
Awang Tengah yang juga merangkap Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II Sarawak juga berpendapat, kehadiran pemimpin utama negara pada malam sambutan itu sebagai sesuatu yang cukup bermakna.
“Malaysia akan menjadi sebuah negara yang terus maju berasaskan semangat perpaduan yang begitu kukuh.
“Inilah tonggak untuk kita memastikan Malaysia akan terus berjaya supaya negara terus stabil dan perpaduan kita dapat dikukuhkan,” tambahnya.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata penganjuran Hari Malaysia kali ini cukup bermakna.
Jelasnya, di saat kerajaan masih berperang dengan COVID-19, semangat perpaduan masih mampu terjalin dalam sebuah negara dengan sifatnya yang bersatu.
“Kerajaan Sarawak dan Sabah berupaya mengingat kembali nostalgia dahulu di samping memperkukuh dan bertekad untuk melaksanakan sebarang bentuk perjanjian dengan penuh tertib”, katanya.
Awang Tengah dan Dr Zulkifli Mohamad ditemui selepas sambutan Hari Malaysia 2020 yang diadakan di Stadium Tertutup Sibu pada Rabu.
Syafik Shukri Jalil, Nuzuluddin Abdul Razak
Wed Sep 16 2020
Amar Awang Tengah berkata hubungan akrab antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak memperlihatkan perjalanan yang jelas untuk memperjuangkan hak Sabah dan Sarawak dalam MA63.
Tiada kemungkinan LRT Mutiara dibatalkan - Rafizi
Tiada kemungkinan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dibatalkan, walaupun terdapat pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan.
“Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah” - YB Pasir Mas
Ahli Parlimen Pasir Mas bertanya apakah jaminan kerajaan untuk fitnah yang ada dalam media sosial tidak berterusan. “Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tenaga hijau dijual kepada Singapura merupakan lebihan TBB negara
Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang dibekalkan kepada Singapura bermula bulan ini adalah lebihan bekalan tenaga elektrik hijau dalam negara yang tidak digunakan ketika ini.
Program Digital Rakyat akan dilancarkan esok
Kementerian Digital akan melancarkan Program Digital Rakyat esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat seiring perkembangan ekonomi digital masa kini.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
AWANI Ringkas: KPM cadang perluas kelas hibrid ke 400 sekolah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MOT pinda Akta 333 tangani isu 'mat rempit'
Pindaan itu akan mewujudkan tafsiran lebih jelas berhubung aksi berbahaya mat rempit seperti menunggang motosikal secara melulu atau terlibat dengan perlumbaan haram di atas jalan raya.
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
Pukul budak perempuan guna kayu, penjaga pusat jagaan anak yatim direman
Permohonan reman ke atas lelaki berusia 59 tahun itu dibuat bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Sambutan Hari Malaysia simbolik kesepakatan dan perpaduan - Awang Tengah
Hubungan akrab antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak memperlihatkan perjalanan yang jelas untuk memperjuangkan hak Sabah dan Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).