awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sambutan Krismas: Upacara keagamaan dibenar di kawasan PKPP, PKPB

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
18/12/2020
10:09 MYT
Sambutan Krismas: Upacara keagamaan dibenar di kawasan PKPP, PKPB
Ia bagaimanapun tetap tertakluk kepada SOP yang telah ditetapkan.
KUALA LUMPUR:Upacara keagamaan sempena sambutan Krismas hanya dibenarkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 24 Disember dan 25 Disember.
Bagaimanapun, menurut Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
"Upacara sembahyang pada 24 Disember bermula jam 5 petang sehingga 9.30 malam dan perlu dibuat dalam dua sesi, iaitu satu setengah jam ibadat diselangi 45 minit operasi sanitasi.
"Sebagai contoh, ibadat bermula jam 6 petang sehingga 7.30 malam, diikuti operasi sanitasi selama 45 minit dan disambung sesi kedua pula.
"Pada 25 Disember pula, upacara sembahyang dibenarkan bermula jam 7 pagi sehingga 1.45 petang, dan perlu dibahagi dalam tiga sesi, diselangi operasi sanitasi selama 45 minit," katanya dalam sidang media hariannya.
Tradisi kunjung mengunjung pula hanya dibenarkan pada 25 Disember, juga hanya membabitkan mereka di kawasan PKPB dan PKPP.
Pengunjung yang dibenarkan pula tidak melebihi 20 orang, mengikut keluasan rumah.
Topic Berkaitan
#Krismas
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#PKPP
#PKPB
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#SOP
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan