Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Sambutan positif MyKad generasi baharu tingkat tanggungjawab JPN - KP

PUTRAJAYA, 17 Sept - Puteri Nur Syafiqah Jailani (kiri) bersama Intan Syerina Ahmad Nizam menunjukkan kad pengenalan baharu pada hari pertama pengeluaran MyKad Generasi Baharu di Jabatan Pendaftaran Negara hari ini. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA *** Local Caption ***
Sambutan dan perhatian positif masyarakat terhadap MyKad tersebut menunjukkan rakyat mengambil berat mengenai dokumen identiti mereka. - Gambar/ Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Sambutan baik terhadap MyKad generasi baharu  meningkatkan tanggungjawab Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk memastikan setiap cabaran berkaitan pengeluaran, sistem, aliran pelanggan dan perkhidmatan dapat diatasi dengan sebaik mungkin.

Ketua Pengarah JPN Datuk Badrul Hisham Alias berkata sambutan dan perhatian positif masyarakat terhadap MyKad tersebut juga menunjukkan kalangan rakyat mengambil berat mengenai dokumen identiti mereka.

“Kalau ada masalah pada proses, kita baiki proses. Kalau ada kesesakan, kita urus kesesakan. Kalau ada kelewatan, kita cari puncanya.

“Kalau rakyat keliru, kita turun dan jelaskan. Tugas kita bukan mempertahankan masalah. Tugas kita adalah mencari penyelesaian,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Badrul Hisham turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga JPN yang terus bertungkus-lumus di kaunter, bahagian pengeluaran, sistem serta di belakang tabir bagi memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada rakyat.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement