awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sambutan tahun baharu Sarawak berskala kecil, tidak langgar arahan MKN - Abdul Karim

Astro Awani
Astro Awani
29/12/2020
10:42 MYT
Sambutan tahun baharu Sarawak berskala kecil, tidak langgar arahan MKN - Abdul Karim
Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, pihaknya mengambil maklum dengan arahan dikeluarkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin. FOTO: BERNAMA
KUCHING:Sambutan Countdown 2021 yang akan dianjurkan di Stadium Tertutup Kuching akan dijalankan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan dan hanya seribu tetamu yang dijemput sahaja dibenarkan hadir.
Malah penganjuran acara itu juga sudah mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.
Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, pihaknya mengambil maklum dengan arahan dikeluarkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin.
“Apa yang diumumkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam adalah acara sambutan yang berskala besar.
“Kita sedar apabila menganjurkan program seperti ini, kita perlu sentiasa berwaspada dan disebabkan itulah kita menganjurkannya dengan mengambil kira setiap SOP yang digariskan,” kata Abdul Karim.
Pada Isnin, Ismail Sabri mengumumkan sambutan tahun baharu secara besar-besaran masih tidak dibenarkan.
Ini kerana ujarnya, perhimpunan berskala besar akan menyukarkan pematuhan kepada SOP termasuk penjarakan fizikal.
BACA: Perhimpunan sambutan tahun baharu tidak dibenarkan - Ismail Sabri
Topic Berkaitan
#sambutan tahun baharu
#SOP sambutan di Sarawak
#COVID-19 di Sarawak
#Abdul Karim Rahman Hamzah
#ismail sabri yaakob
#SOP tahun baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan