MALAYSIA
Sami didakwa amang seksual budak lelaki 13 tahun

P Deva dibawa ke Mahkamah Sesyen Alor Gajah hari ini. - Gambar/ Sinar Harian
ALOR GAJAH: Seorang sami didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun.
Ringkasan AI
- Seorang sami berusia 32 tahun, P Deva, didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun di Taman Melaka Perdana pada 4 Julai lalu, dan mengaku tidak bersalah.
- Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
- Pendakwa mencadangkan jaminan RM30,000 dengan syarat tambahan, manakala peguam tertuduh merayu jaminan rendah atas alasan pendapatan tertuduh yang terhad dan keadaan kewangan keluarga.
Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ali Hussain mencadangkan jaminan sebanyak RM30,000 serta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan pada awal setiap bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengganggu mana-mana saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Sementara itu, peguam Datuk P Aravindhakshan merayu agar anak guamnya dikenakan ikat jamin yang rendah atas alasan tertuduh hanya memperoleh pendapatan dengan mengajar kanak-kanak sembahyang di kuil India.
Beliau turut berhujah bahawa keluarga tertuduh miskin dan tidak mempunyai pendapatan tetap.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 serta bersetuju dengan syarat tambahan yang dipohon oleh pihak pendakwaan.
Mahkamah turut menetapkan 8 September depan untuk serahan dokumen. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami