MALAYSIA
Sami warga India diburu, dipercayai cabul pelakon tempatan

Norhizam berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada mangsa berusia 27 tahun kira-kira jam 8.15 malam pada 4 Julai lalu. - Gambar fail/Bernama
SEPANG: Polis sedang memburu seorang sami warga India kerana dipercayai mencabul seorang pelakon wanita tempatan di sebuah kuil di Bandar Baru Salak Tinggi, dekat sini.
Ringkasan AI
- Polis sedang memburu seorang sami warga India yang disyaki mencabul seorang pelakon wanita tempatan ketika menjalankan upacara sembahyang di sebuah kuil di Bandar Baru Salak Tinggi pada 21 Jun lalu.
- Mangsa membuat laporan pada 4 Julai selepas mendedahkan insiden melalui media sosial, dan siasatan mendapati suspek merupakan sami sementara yang menggantikan sami tetap kuil tersebut.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda, sebatan atau gabungan mana-mana dua hukuman jika sabit kesalahan.
"Ketika upacara itu, suspek menggunakan air sembahyang yang didakwa bertujuan untuk penyucian diri dan merenjiskan ke muka serta badan mangsa
"Bagaimanapun, ketika 'upacara' itu, suspek dipercayai mengambil kesempatan dengan melakukan perbuatan cabul ke atas mangsa," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Tambah Norhizam, hasil semakan mendapati suspek merupakan sami sementara yang menggantikan sami tetap kuil berkenaan yang kini berada di luar negara.
Berdasarkan semakan, kata beliau, polis percaya suspek masih berada di Malaysia.
Beliau memberitahu, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, atau denda, atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut jika sabit kesalahan.
Kejadian itu mula tular sejak Isnin lalu selepas mangsa mendedahkan pengalamannya menerusi akaun Instagram miliknya.
Menurut mangsa, insiden berlaku pada 21 Jun lalu ketika dia berkunjung ke kuil berkenaan seorang diri kerana ibunya berada di India pada waktu itu.
Mangsa mendakwa dia diajak suspek ke pejabat kuil sebelum lelaki itu merenjiskan air sembahyang ke mukanya dan meminta dia menanggalkan baju yang dipakainya.
Namun apabila mangsa enggan menuruti arahan itu, suspek bertindak memasukkan tangannya ke dalam pakaian mangsa dan mula mencabulnya sambil mendakwa perbuatan itu sebagai satu bentuk ‘restu’ kerana mendakwa dia berkhidmat untuk Tuhan.
Mangsa yang ketakutan bertindak melarikan diri, namun suspek dikatakan sempat memberitahu, minggu tersebut adalah minggu yang baik untuknya kerana upacara penyucian telah dilakukan.
Susulan kejadian itu, mangsa mengakui mengalami trauma dan hanya menceritakan kejadian sebenar kepada ibunya pada 4 Julai selepas pulang dari India.
Ibu mangsa kemudian memaklumkan perkara itu kepada bapa dan dua abang mangsa sebelum laporan polis dibuat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami