SHAH ALAM: Polis berjaya menahan pemandu kereta jenis Honda yang tular berkelakuan seperti samseng jalanan dan melakukan provokasi terhadap sepasang suami isteri di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, hasil siasatan mendapati kenderaan dipandu suspek terbabit merupakan milik bekas teman wanitanya.
"Siasatan lanjut Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Shah Alam telah berjaya mengesan pemilik kenderaan Honda tersebut yang didaftarkan atas nama seorang wanita tempatan yang menetap di Kuala Lumpur.
"Pemilik kenderaan telah mengesahkan bahawa semasa kejadian, kereta tersebut dipandu oleh suspek yang merupakan bekas teman lelakinya," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Mohd Iqbal berkata, suspek seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori ditahan selepas selesai memberi keterangan di IPD Shah Alam pada Rabu.
"Suspek ditahan sekitar jam 7 petang selepas selesai memberi keterangan dan permohonan reman akan dibuat esok (Khamis)," katanya.
Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan, polis sedang memburu seorang lelaki yang memberhentikan kenderaan dipandunya di lorong tengah lalu melakukan provokasi terhadap sepasang suami isteri di lebuh raya terbabit pada Ahad.
Dalam kejadian sekitar jam 2.50 petang itu, mangsa merupakan seorang wanita tempatan berusia 41 tahun memandu kenderaan bersama suaminya dari Taman Melawati menuju ke Shah Alam.
Suspek dikatakan bertindak demikian kerana tidak berpuas hati terhadap mangsa yang sebelum itu menukar lorong di laluan berkenaan.
Mangsa kemudiannya telah membuat laporan di Balai Polis Seksyen 6, di sini, sekitar jam 4.20 petang pada hari sama.
Tindakan suspek terbabit berjaya dirakam menerusi kamera papan pemuka milik mangsa tular menerusi satu klip video berdurasi 57 saat yang dimuat naik di media sosial. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Aug 24 2022
Tangkap layar kejadian seorang lelaki membaling objek ke arah kereta dinaiki pasangan suami isteri dalam kejadian di NKVE pada Ahad. -Foto Sinar Harian
Provinsi Hainan, 'Hawaii China' yang tidak pernah tidur
Keunikan seni bina warisan serta khazanah sejarahnya dari Tembok Besar China, monumen Tiananmen mahupun Kota Larangan membuatkan pelancong seluruh dunia berpusu-pusu datang.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Sekurang-kurangnya 35,386 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt tahun lepas, kata Kementerian Kesihatan di wilayah yang terkepung itu pada Sabtu.
Dua wanita Vietnam cedera cuba lari pemeriksaan imigresen
Insiden itu berlaku di sebuah pusat hiburan iaitu daripada keseluruhan 12 premis yang diperiksa semasa operasi dijalankan JIMNS di sekitar Seremban dan Tampin.
PM Anwar saksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan di sini pada Sabtu, untuk kerjasama dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.
Tahap keselamatan balai, tempat kunjungan ramai perlu ditingkatkan - Lee Lam Thye
Tahap keselamatan di semua balai polis dan tempat-tempat yang sering dikunjung ramai perlu ditingkatkan segera.
Kontraktor, operator menara telekomunikasi perlu jalin kerjasama - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta kontraktor dan operator menara telekomunikasi supaya sentiasa berhubung dan bekerjasama bagi memastikan segala permasalahan dapat ditangani segera.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir Terbuka Thailand
Lee Zii Jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
10 Berita Pilihan - (18 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram semalam tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.
Filem aksi 'The Experts' angkat tema kekeluargaan
Unsur kekeluargaan menjadi taruhan filem aksi bertemakan rompakan "The Experts" bagi membezakannya daripada filem bergenre sama yang pernah dibawa ke layar perak sebelum ini.
Penunggang motosikal maut digilis treler
Seorang penunggang motosikal maut digilis sebuah treler dalam kejadian di di Kilometer 23.1 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) dekat sini pada Selasa.
Pemilik Toyota Alphard guna 'strobe light' dicari polis
Pemilik Toyota Alphard yang dikesan kerana menggunakan lampu mata arah (strobe light) di Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), di sini pada Rabu akan dipanggil polis.
Pemandu rempuh tiga penunggang motosikal dibebas dengan jaminan - Polis
Lelaki berusia 26 tahun itu mengalami patah bahu akibat kemalangan berkenaan dan sedang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Budak keluar kepala di 'sunroof', polis cari pemandu X70
Polis Daerah Petaling Jaya mengesan rakaman video berdurasi sembilan saat yang dimuat naik di akaun Twitter pada jam 12.15 tengah malam.
Penunggang motosikal maut dilanggar MPV
Penunggang motosikal jenis Honda RS150R itu dipercayai mengubah haluan dari lorong ketiga ke lorong kedua, sebelum dilanggar sebuah kenderaan MPV.
'Samseng jalanan' henti kereta di tengah lebuh raya ditahan
Suspek seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori ditahan selepas selesai memberi keterangan di IPD Shah Alam pada Rabu.
Polis buru lelaki berhentikan kereta, lagak samseng di lebuh raya
Tindakan individu terbabit yang dirakam menerusi kamera papan pemuka kenderaan dinaiki mangsa tular di media sosial.
Polis cari saksi kes kemalangan empat maut di NKVE
Polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat insiden kemalangan menyebabkan empat maut di NKVE tampil membantu siasatan.
Empat maut, seorang parah dalam nahas di NKVE
Empat termasuk dua wanita maut dan seorang lelaki cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta.
Pemandu maut digilis bas
Mangsa iaitu pemandu bas telah memberhentikan bas di tepi jalan dan masuk di bawah bas untuk membaik pulih namun dipercayai bas telah bergerak lalu menggilis mangsa.