GADGETS
Samsung lancar Galaxy Z Flip5 dan Z Fold5 dengan engsel lebih mantap dan kemas

Ayuh sertai 'The Flip Side' sekarang! - Foto Samsung
GENERASI kelima telefon pintar Samsung kini sudah tiba: Galaxy Z Flip5 dan Galaxy Z Fold5.
Dengan Flex Hinge atau engsel yang lebih kukuh dan kemas bersama beberapa ciri baharu dan ditambah baik, siri terbaharu Galaxy ini menjanjikan pengalaman unik dengan rekaan kompak, kebolehsuaian pelbagai pilihan dan prestasi menakjubkan.
Antara pembaharuan ditampilkan dalam Galaxy Z Flip5 adalah skrin luar yang lebih besar meliputi hampir seluruh permukaan - 3.4 inci Super AMOLED dengan kadar ‘refresh’ 60hz dan kepadatan piksel 306 PPI.
Dengan skrin luar yang lebih luas, pengguna boleh terus menggunakan aplikasi tanpa membuka lipatan telefon pintar tersebut, sama ada menaip mesej atau membuat panggilan juga mengambil gambar. 
Galaxy Z Flip5, skrin luar lebih besar dan kebolehan menggunakan aplikasi tanpa membuka lipatan telefon.
Prestasinya dipertingkat dengan dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2 untuk Galaxy, RAM 8GB namun kali ini tiada lagi pilihan storan 128GB - hanya 256GB dan 512GB sahaja.
Di samping empat warna biasa Galaxy Z Flip iaitu Mint, Graphite, Cream dan Lavender, tiga lagi warna tambahan akan ditawarkan secara eksklusif di laman web Samsung iaitu kelabu, biru, hijau dan kuning.
Untuk Galaxy Z Fold5, buat pertama kalinya ia tampil dengan ciri tahan air IPx8.
Selain itu, reka bentuk fizikalnya juga lebih kemas dengan ketebalan 13.5mm - 2.4mm lebih nipis apabila dilipat berbanding edisi sebelumnya dan 10g lebih ringan, kini seberat 253g daripada 263g.
Sama seperti Galaxy Z Flip5, Galaxy Z Fold5 turut dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2 untuk Galaxy, RAM 12GB serta storan 256 hingga 1TB. Dengan antaramuka mirip komputer peribadi, ia menawarkan keupayaan ‘multitasking’ apabila 8 aplikasi boleh berjalan serentak.

Galaxy Z Fold5 menawarkan keupayaan 'multitasking', lapan aplikasi boleh berjalan serentak.
Ia masih tidak dilengkapi S Pen, namun pengguna boleh menambah alat tersebut bersama sarung S Pen Slim yang direka rata dan kemas tanpa bonjolan, yang dijual berasingan.
Galaxy Z Fold5 boleh didapati dalam tiga warna baharu iaitu biru cair, hitam dan krim.
Selain daripada itu, ciri-ciri lain dalam kedua-dua Galaxy Z Flip5 dan Galaxy Z Fold5 seperti bahan buatan, kapasiti bateri, skrin dalam serta sistem bunyi, kebanyakannya sama seperti edisi sebelumnya.
Selain Galaxy Z Flip5 dan Z Fold5, turut dilancarkan serentak dalam acara global gilang gemilang ‘Galaxy Unpacked’ yang bersiaran langsung dari Seoul, Korea Selatan pada 26 Julai 2023 adalah siri tablet Galaxy Tab S9 dan jam pintar Galaxy Watch6.

Galaxy Tab S9 menampilkan skrin OLED yang lebih jelas dan terang menggantikan skrin LED.
Ada tiga variasi tablet Galaxy Tab S9 iaitu yang biasa (Galaxy Tab S9), Galaxy Tab S9+ dan Galaxy Tab S9 Ultra, yang mana ketiga-tiganya menggunakan skrin OLED yang lebih jelas dan terang menggantikan LCD, selain diperkenalkan pilihan RAM 12GB dengan storan 256GB serta kapasti bateri yang 5 peratus lebih besar (8,400mAh) daripada yang dipakai pada versi sebelumnya (8,000mAh).
Juga dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy yang baharu, ia digandingkan dengan kombinasi RAM dan storan yang sama - RAM 8GB + storan 128GB ataupun RAM 12GB + storan 256GB.
Ia juga dilengkapkan dengan sistem audio berkonfigurasi empat pembesar bunyi stereo AKG Dolby Atmos, juga kamera depan 12MP dan kamera belakang 13MP.
Bagi Galaxy Watch6 pula, ketika reka bentuknya secara amnya tidak banyak perubahan, kali ini paparannya lebih besar 20 peratus bersama beberapa penambahbaikan dari aspek resolusinya.
Galaxy Watch 6 44mm dan Galaxy Watch 6 Classic 47mm dipasang dengan paparan skrin Super AMOLED 1.5 inci 480x480, sementara Galaxy Watch 6 40mm dan Galaxy Watch 6 Classic menampilkan skrin Super AMOLED 1.3 inci 432×432.

Galaxy Watch6 hadir dengan ciri latihan tidur, zon kadar denyutan jantung peribadi dan fungsi SOS yang ditambah baik.
Ia dikuasakan pemproses baharu Samsung Exynos W93 dwi-teras yang membolehkan ia berfungsi pada kadar 1.4Ghz, storan 16GB dengan RAM 2GB berbanding 1.5GB pada versi sebelumnya, juga hayat bateri yang lebih lama.
Siri Galaxy Watch6 juga membawakan buat pertama kalinya sistem operasi One UI 5 berasaskan Wear OS 4, dan jam terbaharu Samsung ini turut menampilkan ciri latihan tidur, zon kadar denyutan jantung peribadi dan fungsi SOS yang ditambah baik.
Galaxy Z Flip5 boleh didapati pada harga bermula dari RM4,499, Galaxy Z Fold5 dari RM6,799, Galaxy Tab S9 dari RM3,699, Galaxy Tab S9+ dari RM5,199, Galaxy Tab S9 Ultra dari RM6,499, Galaxy Watch6 dari RM1,099, dan Galaxy Watch6 Classic dari RM1,399.
Kesemua rangkaian produk terbaharu Samsung Galaxy ini boleh didapati mulai pertengahan Ogos 2023, namun anda boleh membuat pra-pesanan bermula 26 Julai 2023 hingga 17 Ogos 2023 untuk mendapat tawaran-tawaran menakjubkan - tertakluk kepada terma dan syarat. Butirannya lihat pada imej-imej di bawah:

Tempah sekarang!

Tempah sekarang!

Tempah sekarang!
Juga jangan lupa tebus e-baucar bernilai sehingga RM400 yang diterima apabila anda membuat pesanan.
Tunggu apa lagi? Ayuh sertai ‘The Flip Side’ sekarang!
Untuk maklumat lanjut mengenai siri Samsung Galaxy terbaharu, layari https://www.samsung.com.Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami