GADGETS
Samsung lancar peranti boleh lipat premium Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G

Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G memberi harapan baharu terhadap peranti pintar boleh lipat dengan memperkasakan pengguna bersama ciri fleksibiliti dan versatiliti diperlukan. - Foto Samsung
KUALA LUMPUR: Pengeluar jenama telekomunikasi terkemuka, Samsung memperkenalkan perubahan terkini dalam inovasi peranti boleh lipat premiumnya menerusi Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G.
Pelancaran dua model ini memberi harapan baharu terhadap peranti pintar boleh lipat dengan memperkasakan pengguna bersama ciri fleksibiliti dan versatiliti yang diperlukan.
Acara pelancaran Galaxy Unpacked: Get Ready to Unfold secara maya baru-baru ini memaparkan Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G dilengkapi IPX8 yang menjadikannya telefon pintar boleh lipat pertama dengan ciri rintang air.
Timbalan Presiden, Ketua Bahagian Peranti United Kingdom Samsung, Conor Pierce berkata, Galaxy Z Fold3 5G menawarkan pengalaman skrin sinematik terbaik serta pengalaman kandungan menarik menerusi inovasi kamera paparan bawah.
Galaxy Z Fold3 5G menawarkan skrin sinematik menarik dengan menukar tompok piksel dengan pindaan minimum dalam meningkatkan kawasan boleh dilihat.
“Kami telah menukar tompok piksel dengan pindaan minimum dalam meningkatkan kawasan yang boleh dilihat. Memperkenalkan peranti boleh lipat pertama dengan kamera paparan bawah. Ia sekali gus mentransformasi pengalaman tontonan kandungan oleh pengguna.
“Galaxy Z Fold3 5G turut dicipta bersama sokongan S Pen yang juga pertama kali buat peranti boleh lipat. Ia hadir dengan tiga pilihan warna klasik iaitu Phantom Black, Phantom Green dan Phantom Silver,” katanya ketika pelancaran secara maya baru-baru ini.
Sementara itu, menurut Penyampai Radio, Munaa Bella, Galaxy Z Flip3 5G menerajui peranti boleh lipat dengan revolusi Hideaway Hinge yang membolehkannya kekal berada pada kedudukan di sebarang sudut untuk pengalaman pengguna inovasi dengan Flex Mode.

Dengan ciri Flex Mode, pengguna boleh merakam gambar dan video dengan hanya pada skrin penutup menggunakan ciri quick shot.
“Dengan ciri Flex Mode, pengguna boleh merakam gambar dan video dengan hanya pada skrin penutup menggunakan ciri quick shot. Hanya klik sebanyak dua kali pada kekunci kuasa Galaxy Z Flip3 5G anda sudah boleh merakam gambar dan video dengan mudah,” katanya.
Kedua-dua model tersebut turut dibina dengan Armor Aluminium Samsung berserta Corning Gorilla Glass Victus yang paling utuh untuk melindunginya daripada calar dan jika terjatuh tanpa sengaja.

Pra tempahan sekarang bagi kedua-dua model ini dan terima ganjaran eksklusif.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai promosi pra-tempah, sila layari laman web rasmi Samsung di pautan ini pra tempahan ini.
Pra-tempah Galaxy terbaharu anda sekarang dengan klik pautan di bawah:
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami