GADGETS
Samsung pertimbang beberapa peranti AI termasuk subang, rantai leher

Samsung menyasarkan peranti AI boleh pakai ini untuk memudahkan tugasan harian dan komunikasi, namun belum ada tarikh pelancaran rasmi diumumkan. -Gambar fail/Reuters
SAMSUNG merupakan antara syarikat pengeluar peranti terkemuka dunia, dan sering bereksperimen dengan sejumlah penawaran menarik.
Ringkasan AI
- Samsung memperkenalkan Galaxy Ring sebagai cincin pintar pertama mereka, menandakan langkah serius dalam pengembangan peranti boleh pakai berasaskan AI.
- Mereka sedang mempertimbangkan pembangunan aksesori pintar lain seperti subang, rantai leher dan kaca mata pintar dengan integrasi sensor kesihatan dan fungsi komunikasi tanpa perlu telefon.
- Samsung menyasarkan peranti AI boleh pakai ini untuk memudahkan tugasan harian dan komunikasi, namun belum ada tarikh pelancaran rasmi diumumkan.
Tidak setakat itu, berkongsi melalui temuramah bersama CNN, Samsung mengatakan sedang pertimbang beberapa peranti dengan integrasi kecerdasan buatan lain.
Antara bentuk peranti dengan integrasi AI yang sedang dipertimbangkan termasuklah subang atau anting-anting, dan juga rantai leher.
Samsung dilihat ingin mengintegrasikan sensor pada sejumlah aksesori yang sedia dipakai manusia, sekali gus membolehkan pengguna mendapatkan data kesihatan, dan sebagainya.
Antara bentuk peranti lain yang turut sedang dibangunkan adalah kaca mata pintar.
Sejumlah syarikat termasuk Meta sedia membangunkan kaca mata pintar. Tidak setakat itu, OpenAI turut sedang dalam proses membangunkan sebuah peranti AI mereka tersendiri.
Samsung berkata mereka sedang membangunkan kaca mata pintar. Namun, sejumlah pengguna tidak memakai kaca mata, dan disebabkan itu, Samsung sedang melihat kepada bentuk peranti lain.
Buat masa ini, tidak diketahui lagi bilakah kita akan melihat peranti-peranti ini. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami