Polis berjaya menumpaskan 'Geng Nizam' yang aktif melakukan jenayah samun kedai 24 jam sekitar daerah Melaka Tengah sejak Januari lepas dengan penahanan 11 anggota kumpulan itu, termasuk dua wanita.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata suspek yang ditahan berusia antara 19 dan 30 tahun, termasuk ketua kumpulan dikenali sebagai Nizam, di beberapa rumah sekitar kawasan Tanjung Minyak, Taman Krubong serta Taman Rambai Utama dalam tempoh tiga hari bermula Selasa.
"Kita percaya dengan penahanan tersebut, sebanyak 11 kes samun membabitkan Kedai 7-Eleven, hotel bajet dan serbaneka 24 jam yang dilaporkan sejak awal Januari lepas dengan anggaran kerugian berjumlah RM15,000," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar hari ini.
Beliau berkata tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki berusia 27 tahun yang pernah ditahan mengikut Ordinan Darurat di Taman Krubong kerana kesalahan samun pada Selasa pukul 3 pagi .
Ketua kumpulan berusia 24 tahun, yang juga bekas tahanan ordinan sama, pula ditahan di Taman Rambai Utama semalam pada 1 petang.
Salehhudin berkata seorang daripada wanita yang ditahan merupakan warga Indonesia berusia 26 tahun, dan pihaknya sedang menyiasat ketulenan pas lawatan sosial suspek yang memasuki negara ini sejak sebulan lepas.
Beliau berkata pihaknya turut merampas peralatan yang dipercayai diguna untuk melakukan samun termasuk sebilah parang, dua pedang samurai, 10 telefon bimbit, lima motosikal termasuk satu yang menggunakan nombor pendaftaran palsu, tiga topi keledar, dua walkie-talkie, tiga komputer riba dan tiga kereta.
Suspek disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan dan bersenjata serta Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 kerana positif dadah jenis methamphetamine, katanya.
Salehhuddin berkata siasatan mendapati kumpulan itu aktif melakukan jenayah samun bermula lewat tengah malam hingga awal pagi selain bertindak agresif mengugut mangsa menggunakan pedang dan parang.
"Antara barangan yang disamun di premis 24 jam terbabit ialah rokok, wang tunai dan barangan milik pekerja seperti komputer riba," katanya.
Bernama
Fri Apr 05 2013
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Gabungan dalam kerajaan kana hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Samun kedai 24 jam, polis tahan 'Geng Nizam'
Polis berjaya menumpaskan 'Geng Nizam' yang aktif melakukan jenayah samun kedai 24 jam sekitar daerah Melaka Tengah sejak Januari lepas dengan penahanan 11 anggota kumpulan itu, termasuk dua wanita.