Seringkali kita mendengar kisah remaja atau belia yang membuat keputusan meninggalkan kampung halaman dek kerana peluang pekerjaan yang kurang di sesuatu tempat.
Namun, berbeza dengan Sabran Kassim, 66 tahun, yang memutuskan untuk menghantar dua anak lelakinya keluar dari Sandakan dan bekerja ‘offshore’.
Nelayan yang merupakan bapa kepada lima anak ini merelakan diri berjauhan dengan anak-anaknya itu demi memastikan kehidupan yang lebih baik buat mereka.
“Kalau kita mengharapkan kerja-kerja yang ada sekarang, memang tidak ada. Lagi pun, kelulusan bukan tinggi, cuma SPM, setakat mana kerja yang boleh mereka buat? Hanya di kedai-kedai.
“Jadi, saya ambil keputusan untuk hantar mereka (bekerja) ke laut. Saya sebelum ini pelaut, saya tahu kehidupan di laut, dan peluang itu kira bagus kalau dibandingkan dengan kerja di kedai,” katanya ketika ditemui Astro AWANI sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan.
Ditanya apakah alasan menghantar anak-anaknya itu keluar daripada Sandakan, jawab Sabran, kekurangan peluang kerja menjadi punca utama.
“Sebetulnya, di Sandakan ini kurang kerja. Lagi pun, keutamaan itu diberi kepada orang asing. Orang tempatan, dia (majikan) tidak utamakan, kerana syarikat-syarikat di Sandakan ini tidak sanggup bayar gaji yang disarankan oleh kerajaan.
“Macam saya katakan tadi, kalau ada 10 orang (pekerja), tenaga kerja tempatan cuma tiga orang, dan baki tujuh orang itu tenaga kerja asing,” jelasnya.
Menurut Sabran, dia membelanjakan sekitar RM5,000 bagi setiap seorang anaknya untuk menjalani beberapa kursus sebelum melayakkan mereka bekerja ‘offshore’.
Sabran, yang turut memikirkan nasib dua anaknya yang masih lagi menganggur, tinggal bersama isteri dan seorang lagi anak perempuan yang kini bekerja dengan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sandakan.
“Apa yang kita nampak sekarang ini? Dulu di sini ramai remaja, tetapi sekarang banyak yang sudah pergi ke Kuala Lumpur. Sekarang kita rakyat Sabah ini, asal mahu cari kerja, semua mahu pergi Kuala Lumpur. Jadi, kita tidak tahu bagaimana nasib Sabah selepas ini.
“Di Jambatan 3 ini sahaja, remaja-remaja (yang berhijrah) ada empat atau lima orang. Belum lagi di lain tempat. Di Kampung Sim Sim ini, mungkin berpuluh. Susah sangat untuk kita cari kerja di Sabah ini.
“Jalan penyelesaiannya, kalau mahu cari kerja, pergi ke Semenanjung. Kasihan kita orang Sabah. Sikit-sikit, Semenanjung. Negeri kaya, tetapi pekerjaan tak ada, rakyat teruk,” luahnya.
Justeru, beliau berharap agar wakil rakyat yang bakal dipilih pada 11 Mei nanti dapat mengutarakan isu peluang pekerjaan kepada golongan muda di Sandakan ini ke Parlimen.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Apr 30 2019
Sabran memeriksa pukat yang dimilikinya sebelum meredah Laut Sulu untuk menangkap hasil laut. Filename: 41556609115_nelayan.jpg Copyright Line: Astro AWANI / HARITS ASYRAF
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.
Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?