KUALA LUMPUR: Tanggal 25 Mac, genaplah 217 tahun usia pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di tanah air bertuah ini dan tatkala meniti tempoh berkenaan, pelbagai cabaran suka duka serta pahit getir ditempuhi pasukan Sang Saka Biru dalam memastikan keamanan dan keharmonian negara terus kekal utuh.
Sejak sistem kepolisan moden dan sistematik bermula di negara ini dengan berkuatkuasanya Piagam Keadilan di Pulau Pinang pada 25 Mac 1807, PDRM telah melalui pelbagai evolusi bukan sahaja dari segi imej dan tugasan, malah berjaya mengharungi cabaran keselamatan sehingga pasukan Sang Saka Biru menjadi antara pasukan polis yang disegani di dunia.
Biarpun berdepan dengan keadaan trend jenayah semasa yang lebih mencabar termasuk jenayah siber, namun PDRM sentiasa bersiap sedia dengan kepakaran dan ketangkasan pegawai serta anggotanya demi memastikan jenayah yang menggugat ketenteraman dan kesejahteraan negara ditangani, seiring dengan peredaran masa.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata kecanggihan teknologi dan era digital ketika ini diakui memberi cabaran kepada pasukan Sang Saka Biru, khususnya kepada dirinya untuk mempersiapkan pegawai dan anggotanya dalam mengharungi aktiviti jenayah era baru.
Untuk itu, PDRM memperkemaskan pegawai dan anggotanya dari sudut intelektual dan imej, dengan memberi peluang kepada mereka mengikuti kursus, seminar dan latihan berterusan dalam bidang seperti undang-undang, sosiologi, psikologi, analisis jenayah dan etika profesional.
"Dalam menghadapi cabaran semasa, PDRM sentiasa berubah termasuk menggunakan teknologi untuk meningkatkan perkhidmatan dan ketenteraman awam termasuk penggunaan kamera badan, analisis data, atau aplikasi mudah alih seperti Volunteer Smartphone Patrol (VSP) untuk melaporkan jenayah atau meminta bantuan.
"Penggunaan teknologi seperti itu adalah penting meningkatkan kepercayaan orang awam terhadap pasukan selain dapat menangani pelbagai tohmahan negatif berkaitan isu integriti," katanya kepada Bernama sempena sambutan Hari Polis ke-217 pada Tahun 2024.
Selain masalah jenayah siber, Razarudin berkata Sang Saka Biru kini juga berhadapan dengan cabaran berkaitan isu intergriti dek sikap segelintir pegawai dan anggota yang tidak mematuhi undang-undang serta bersikap gelap mata ketika menjalankan tugas.
Perkara itu sedikit sebanyak menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap pasukan keselamatan itu bak kata pepatah kerana seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit, meskipun yang membuat onar hanyalah sebilangan kecil warga PDRM.
Beliau yang memandang serius tentang masalah itu sering melaungkan amaran dan peringatan kepada anak buahnya agar menjauhi segala tingkah laku yang boleh mencalar serta menjejaskan imej pasukan untuk mengelak daripada dikenakan tindakan tatatertib mahupun undang-undang.
Razarudin berkata pada masa yang sama, pelbagai usaha turut dilakukan termasuk transparensi dan akauntabiliti, komunikasi efektif serta pendidikan dan kesedaran awam, untuk memastikan terdapat perubahan positif dalam perhubungan PDRM dan orang awam bagi tempoh lima tahun akan datang.
"Polis sentiasa berusaha membina hubungan yang kukuh dengan masyarakat setempat melalui program seperti kesedaran keselamatan, sesi dialog dan projek kerjasama yang bertujuan meningkatkan kepercayaan dan kerjasama antara polis dan masyarakat.
"Dengan mengamalkan pendekatan ini, PDRM boleh memperlihatkan imej yang lebih positif sebagai pasukan yang berilmu, berintegriti, dan komited untuk menjaga keselamatan dan keharmonian masyarakat sesuai dengan tema sambutan Hari Polis ke-217 tahun ini iaitu, Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada," katanya.
Selain itu, Razarudin berkata latihan dan pendidikan secara berterusan kepada anggota mengenai sensitiviti budaya, hak asasi manusia dan teknik komunikasi yang efektif bagi memastikan mereka dapat berinteraksi dengan masyarakat secara positif dan beretika.
Beliau berkata PDRM turut menggalakkan penyertaan masyarakat di pelbagai peringkat dalam program keselamatan awam, seperti program sukarelawan polis (PVR), Skim Rondaan Sukarela, penyertaan Kor SUadKSIS untuk pelajar, sesi 'town hall' dan dialog terbuka antara polis dan masyarakat setempat.
Sementara itu, sempena sambutan Hari Polis ke-217 pada esok (25 Mac) yang disambut serentak seluruh negara, Razaruddin mengingatkan pegawai dan anggota untuk memelihara dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat dan negara.
"Pasukan PDRM adalah satu perkhidmatan yang mulia, saya menyeru seluruh warganya untuk memelihara kemuliaan ini dengan segala daya upaya yang ada.
"Tanamkan Integriti yang kukuh dan iltizam tinggi untuk berkhidmat demi negara, bangsa yang beramanah bermula daripada setiap isi individu di dalamnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 24 2024
Razarudin berkata Sang Saka Biru kini turut berhadapan dengan cabaran berkaitan isu intergriti dek sikap segelintir pegawai dan anggota yang tidak mematuhi undang-undang. - Foto Bernama
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
AWANI Ringkas: Ikut jejak syarikat gergasi lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan pelan tindakan pendidikan & penghargaan Rukun Negara
Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional akan mengkaji keperluan untuk melancarkan Pelan Tindakan Pendidikan & Penghargaan Rukun Negara sejajar dengan Dasar Perpaduan Negara 2021-2030.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
Kegiatan muat turun bahan lucah kanak-kanak masih berleluasa - PDRM
Kegiatan memuat turut dan berkongsi kandungan lucah kanak-kanak atau bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM) dalam talian, masih pada tahap membimbangkan.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar meninggal dunia
Allahyarham difahamkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.15 pagi tadi.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
'Sheriff' karya paling jujur, janjikan kelainan sisi polis - Yusof Haslam
Yusof Haslam berkata keterbukaan PDRM dengan memberikan 'lampu hijau' dalam pembikinan filem arahan Shafiq Yusof itu telah melancarkan penghasilannya.
Kemalangan jalan raya: Malaysia aman damai tapi rekod 6,000 kematian dalam setahun
Angka kematian itu sangat besar memandangkan Malaysia sebuah negara aman dan damai, tidak terlibat dalam konflik peperangan.
Rogol bawah umur meningkat, bermula daripada 'grooming' - PDRM
Kes jenayah rogol membabitkan gadis bawah umur menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh tiga tahun lepas.
Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang
Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pelajar tingkatan empat yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Ara Damansara, Petaling Jaya, sejak Sabtu lalu.
Aidilfitri: Op Selamat 22 tumpu kurangkan kemalangan
Op Selamat 22 bermula 8 hingga 13 April memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan kadar kemalangan ke tahap paling minimum, serta memastikan aliran trafik lancar sepanjang musim perayaan Aidilfitri.