KUALA LUMPUR: Penularan pandemik COVID-19 dengan kes pertama mula dikesan di negara ini pada awal tahun lepas, telah banyak mengubah gaya hidup orang ramai baik dari segi ekonomi, sosial mahupun penjagaan kesihatan.
Tidak hanya sekadar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal dan membasuh tangan, orang ramai dilihat proaktif dalam soal penjagaan kesihatan demi melindungi diri dan keluarga daripada serangan virus yang boleh membawa maut itu.
Bagi yang berkemampuan, ramai yang memilih untuk membeli mesin penapisan udara dan tidak kurang juga yang mengupah syarikat tertentu untuk menjalankan kerja-kerja disinfeksi di rumah demi memastikan tiada virus COVID-19 yang 'menumpang' dan menjangkiti ahli keluarga.
Namun, bagaimana pula bagi golongan yang tidak mampu, apakah mesin penapisan udara dan kerja-kerja disinfeksi itu satu kemestian terutama untuk mereka yang pernah menjadikan rumah sendiri sebagai pusat kuarantin.
Bagi Pakar Virologi daripada Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Yahya Mat Arip, proses disinfeksi atau membasmi kuman tidak sukar dan boleh dilakukan sendiri oleh orang ramai dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah.
"Tidak perlu untuk pening kepala memikirkan kos bagi melakukan proses sanitasi di rumah kerana kita sendiri boleh melakukannya hanya menggunakan cecair peluntur dan dicampurkan dengan air menggunakan sukatan yang ditetapkan.
"Bahan kimia hipoklorit yang ada pada cecair peluntur itu sudah cukup untuk membasmi kuman di kawasan-kawasan yang kerap disentuh dan digunakan hanya dengan mengelapnya seperti tombol pintu, suis lampu, dan tandas," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Bagaimanapun, menurutnya kerja-kerja disinfeksi itu perlu lebih berfokus dengan mengutamakan kawasan atau bilik yang digunakan untuk kuarantin pesakit COVID-19 selain pakaian mereka juga perlu dicuci berasingan daripada ahli keluarga lain untuk mengelak jangkitan.
Pakar Virologi daripada Universiti Malaya (UM) Prof Dr Sazaly Abu Bakar pula lebih menekankan kepentingan mempunyai pengaliran udara yang baik di dalam rumah kerana ia dapat mengurangkan jangkitan virus yang berjangkit secara berkelompok.
"Sekiranya tiada pengaliran udara yang baik, virus di dalam rembesan yang halus (aerosol) akan berada pada tahap yang lama dan mungkin boleh bertahan sehingga beberapa jam.
"Jika ada pengaliran udara, virus ini akan keluar dan dilarutkan dengan udara di luar.
"Udara ini akan berpusing dan membersihkan kawasan di dalam rumah menggantikan udara tidak sihat yang terperangkap," katanya.
Pada masa sama, Sazaly berkata selain cecair peluntur, kerja-kerja disinfeksi juga memadai hanya menggunakan air sabun dan kemudian dilapkan sahaja kerana virus ini diselaputi lipid yang akan larut di dalam air sabun.
Sementara itu bagi Syanty Octavia Amry, 37, mengakui agak paranoid dalam soal penjagaan kesihatan sejak penularan wabak itu ditambah lagi dengan tempat kerjanya sebuah syarikat penerbitan swasta, terletak berhampiran dengan syarikat pembinaan menyebabkannya lebih mudah terdedah kepada virus tersebut.
"Kerjaya saya sebagai wartawan memerlukan saya untuk bertemu dengan pelbagai individu dan kita pula tak tahu akan keadaan mereka.
"Jadi, setiap kali pulang ke rumah saya mempunyai risiko untuk membawa pulang virus bersama," katanya.
Berikutan itu, katanya keputusan untuk mensanitasi rumah dibuat memandangkan semua ahli keluarganya merupakan antara golongan yang berisiko tinggi serta menghidap kencing manis.
Bagi suri rumah Nor Haniza Ahmad, 31, memilih untuk mensanitasi rumahnya berikutan ia dijadikan sebagai pusat kuarantin kepada lima ahli keluarganya yang dijangkiti COVID-19 pada Februari lepas.
"Saya tidak kisah untuk mengeluarkan sedikit belanja asalkan kesihatan ahli keluarga terjamin dan saya memilih untuk mengupah syarikat swasta bagi menjalankan kerja itu kerana lebih yakin memandangkan mereka mempunyai kepakaran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 21 2021
Apakah mesin penapisan udara dan kerja-kerja disinfeksi satu kemestian terutama mereka yang pernah menjadikan rumah sebagai pusat kuarantin? -Gambar hiasan/Bernama
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Pemeriksaan kesihatan berkala: Mencegah lebih baik daripada mengubati
Masyarakat hari ini sering mengabaikan kesihatan kerana tuntutan kerja dan tanggungjawab yang mendesak dalam dunia serba pantas.
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini disebabkan aktiviti pengambilan untung menjelang cuti Hari Raya Aidilfitri, kata Rakuten Trade Sdn Bhd.
Bursa Malaysia teruskan kenaikan untuk ditutup tinggi bagi hari keempat berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.85 mata kepada 1,554.56 daripada paras penutup 1,544.71 pada Isnin.
Masyarakat menua beri implikasi jangka panjang kepada kedudukan fiskal
Dengan unjuran populasi 39.9 juta, penduduk berusia lebih 66 tahun dijangka cecah 5.6 juta, penduduk umur bekerja dianggar cecah 27.3 juta.
Pentingnya penjagaan kesihatan mental dan fizikal buat ibu berpantang
Peredaran masa menyaksikan tradisi berpantang melalui evolusi dan kini, ia bukan lagi menjadi tanggungjawab ahli keluarga seperti ibu sendiri atau ibu mentua.
Bursa ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Saham di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung selepas kenaikan semalam dan ditambah dengan kegawatan hartanah di China yang menjejaskan sentimen serantau.
Vietnam rekod 56 kes cacar monyet
Vietnam melaporkan 56 kes cacar monyet di tujuh wilayah dan bandar, termasuk satu kematian sehingga 31 Oktober, menurut maklumat terkini Kementerian Kesihatan, lapor Xinhua.
AstraZeneca rintis inisiatif kesaksamaan akses dalam perkhidmatan kesihatan
Portal mySihatPal menutup jurang akses kepada penyelesaian penjagaan kesihatan.
Lebih banyak program CSR penjagaan kesihatan, pendidikan di luar bandar - Uggah
Badan korporat perlu mengadakan lebih banyak program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di kawasan luar bandar terutamanya dalam aspek penjagaan kesihatan dan pendidikan.