awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sanusi didakwa: Anggota polis, media mula 'berkampung' di Mahkamah Sesyen Selayang

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
18/07/2023
01:00 MYT
Sanusi didakwa: Anggota polis, media mula 'berkampung' di Mahkamah Sesyen Selayang
Sekumpulan petugas media mula berhimpun di Mahkamah Sesyen Selayang seawal pukul 7 pagi bagi mengikuti proses pendakwaan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional, Muhammad Sanusi Md Nor yang akan didakwa pagi ini. - Gambar Astro AWANI
SELAYANG: Sejumlah anggota polis dan pengamal media sudah mula 'berkampung' di Mahkamah Sesyen Selayang pada Selasa.
Astro AWANI difahamkan, anggota polis sudah bersiap sedia seawal jam 6 pagi manakala petugas media pula ada yang tiba seawal jam 7 pagi.
Mereka hadir bagi mengikuti proses pendakwaan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang akan didakwa pagi ini.
Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah dipercayai akan didakwa berhubung kenyataan mempertikai kewibawaan institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besar negeri itu.
Menerusi semakan laman mahkamah, Muhammad Sanusi akan didakwa di hadapan Hakim, Nor Rajiah Mat Zin dan Osman Affendi Mohd Shalleh.
Setakat ini, tidak ramai penyokong parti dilihat hadir ke mahkamah untuk mengikuti kes tersebut, namun ada puluhan penyokong dilihat berada di luar mahkamah.
Dalam ucapannya yang tular sebelum ini, pemimpin Pas itu yang juga Pengarah Pilihan Raya PN dikatakan menyentuh mengenai perkenan Sultan Selangor, berkaitan pelantikan Menteri Besar Selangor.
Menteri Besar Kedah itu ditahan polis di sebuah hotel di ibu negara awal pagi ini.
Beliau kemudian dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk disiasat di bawah Seksyen 4 (1)(A) Akta Hasutan 1948.
Topic Berkaitan
#Sanusi didakwa
#Mahkamah Sesyen Selayang
#Sanusi didakwa hina Sultan Selangor
#Sanusi ditahan polis 3 pagi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan