awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SAR dua mangsa letupan bot pam masuk hari kedua

Petrus Bernard
Petrus Bernard
13/01/2022
04:13 MYT
SAR dua mangsa letupan bot pam masuk hari kedua
Operasi mencari dan menyelamat dua mangsa yang dipercayai hilang akibat kejadian letupan bot pam dilakukan pasukan penyelamat di perairan Semporna. - Foto ihsan JBPM Sabah
SEMPORNA: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua mangsa hilang selepas dipercayai terkena letupan bot pam di antara perairan Pulau Selaman dan Pulau Tatagan, memasuki hari kedua hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, operasi di lokasi kejadian yang turut disertai agensi penyelamat lain, dimulakan jam 8.15 pagi.
"SAR dua mangsa terbabit dilakukan dengan menggunakan kaedah pencarian di permukaan air.
"Maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa berhubung operasi ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian letupan bot pam di perairan terbabit pada Selasa.
Kejadian dipercayai melibatkan sekurang-kurangnya dua orang nelayan, namun bilangan mangsa sebenar belum dapat dipastikan.
Hasil perbincangan bersama agensi penyelamat lain, SAR dijalankan di sekitar lokasi.
Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Farhan Lee Abdullah dilaporkan berkata, setakat petang semalam, maklumat atau identiti mangsa belum dikenal pasti dan pihaknya masih menjalankan siasatan.
Topic Berkaitan
#letupan bot pam
#JBPM Sabah
#nelayan hilang
#Semporna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan