KUALA TERENGGANU: Khidmat dua ekor anjing pengesan digunakan hari ini dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di Pantai Batu Buruk, di sini semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu Rozizah Abni Hajar berkata dua anjing itu dibawa untuk mengesan mangsa, Zulkarnain Mohamed Zubir, 44, dengan melakukan kaedah pencarian di kawasan tepi pantai.
Beliau berkata operasi yang memasuki hari kedua disertai oleh 64 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi keselamatan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Operasi turut dibantu unit Pangkalan Udara JBPM Subang yang tiba 10 pagi tadi.
"Pencarian di kawasan pesisir pantai diperluas ke kawasan sepanjang lima kilometer iaitu dari lokasi kejadian hingga ke muara Kuala Ibai.
"Rondaan di kawasan darat dijalankan dari pagi semalam hingga ke pagi ini tanpa henti manakala kerja-kerja selaman pula terpaksa dihentikan pada 6 petang semalam kerana faktor cuaca dan ombak yang tinggi," katanya kepada pemberita di pantai berkenaan di sini hari ini.
Sebagai tambahan, katanya unit dron dari APM dan ibu pejabat JBPM Putrajaya juga akan tiba pagi ini untuk melakukan pemantauan menggunakan peralatan berkenaan di lokasi-lokasi tertentu.
"Kami juga telah menghubungi ibu pejabat untuk mendapatkan bantuan daripada BBP Marang untuk melakukan rondaan di sekitar Pantai Pandak bagi meluaskan usaha pencarian.
Semalam Zulkarnain yang berasal dari Kuala Lumpur dilaporkan hilang di pantai itu dipercayai dibawa arus ombak ketika berjalan-jalan di tepi pantai.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 19 2024
Anggota Bomba dan Penyelamat meneruskan misi mencari dan menyelamat Zulkarnain yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus di Pantai Batu Buruk hari ini. --fotoBERNAMA
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara
Sebanyak 187 siasatan dijalankan di bawah undang-undang hak kebebasan.
KKM Malaysia rancang perkenal undang-undang 'Good Samaritan' - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata banyak negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan beberapa negara Asia telah pun melaksanakan undang-undang berkenaan.
[TERKINI] Goh Sze Fei-Nur Izzuddin langkah ke Final Jelajah Dunia BWF
Beregu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, sah melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF, sebentar tadi apabila menewaskan pasangan Indonesia.
SAR lelaki lemas guna bantuan anjing pengesan
Dua anjing itu dibawa untuk mengesan mangsa dengan melakukan kaedah pencarian di kawasan tepi pantai.
Lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Batu Buruk
Kegembiraan empat sekeluarga berkelah di Pantai Batu Buruk di sini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka dikhuatiri pagi tadi.
COVID-19: Menjaga kebersihan pantai sebagai norma baharu kehidupan
Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan tarikan alam semulajadi dan sering menjadi destinasi pilihan bagi pelancong tempatan dan juga asing.
Car Food Sahur di Pantai Batu Buruk tarik ramai pengunjung
Aril Arif Abd Razak berkata acara yang berkonsepkan bersahur secara santai dan membuat kebajikan di kawasan pantai peranginan itu kali ini berjaya menarik kira-kira 200 pengunjung setiap malam.
Iran juarai Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC
Pasukan Iran mengekalkan kejuaraan dalam Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC 2017 apabila mengalahkan Emiriah Arab Bersatu 7-2 dalam saingan akhir.
Bola Sepak Pantai AFC: Iran aibkan Malaysia 14-0
Malaysia mengalami kekalahan kedua dalam Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC selepas dimalukan Iran 0-14 di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.
Pelancong lemas di pantai Batu Buruk
Seorang lelaki warga tempatan lemas manakala rakan wanitanya selamat selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di gigi air di Pantai Batu Buruk.