awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hakisan pantai Batu Ferringhi, Tanjong Bungah: JPS laksana langkah mitigasi
PM Anwar setuju ujian diagnostik kemasukan Tahun Satu tidak dilaksana
ATAM kerjasama dengan pemain industri di Krabi, bangunkan asnaf Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SARA: Kerajaan tidak kompromi terhadap peniaga naikkan harga barang

Bernama
Bernama
07/09/2025
22:40 MYT
SARA: Kerajaan tidak kompromi terhadap peniaga naikkan harga barang
Orang ramai digalakkan untuk membuat aduan rasmi kepada KPDN untuk membolehkan siasatan segera dijalankan. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menjejaskan manfaat yang sepatutnya dinikmati rakyat menerusi pelaksanaan inisiatif Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata pihaknya mengambil maklum dengan beberapa hantaran melalui media sosial yang mendakwa terdapat segelintir peniaga menaikkan harga barangan.
"Sekiranya perkara ini berlaku, siasatan dan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 boleh dilaksanakan.
"Kerajaan MADANI akan menyiasat aduan. Dalam masa yang sama, kerajaan menghargai inisiatif pasar raya dan kedai runcit yang menawarkan harga istimewa kepada penerima manfaat," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MOF) semalam.
Beliau juga menggalakkan orang ramai untuk membuat aduan rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk membolehkan siasatan segera dijalankan.
Aduan boleh dikemukakan melalui beberapa saluran KPDN seperti portal e-Aduan KPDN, iaitu https://eaduan.kpdn.gov.my/, talian WhatsApp 019-848 8000, atau pusat talian 1-800-886-800.
Dalam pada itu, MOF memaklumkan hari kelapan pelaksanaan Penghargaan SARA berjalan lancar dengan jumlah jualan sebanyak RM102.5 juta melibatkan 1.7 juta penerima setakat pukul 9.30 malam.
"Kadar transaksi berjaya kekal stabil pada 99.9 peratus bagi dua hari berturut-turut. Usaha penambahbaikan dan peluasan kapasiti pemprosesan sistem sepanjang tujuh hari lepas, telah menyumbang kepada kestabilan sistem yang tercapai pada hari ini," menurut kementerian itu.
Sejak dilaksanakan pada 31 Ogos, inisiatif berkenaan secara keseluruhannya telah memanfaatkan lebih 11.8 juta rakyat yang membeli barangan keperluan asas menggunakan kredit Penghargaan SARA dan SARA bulanan, dengan jumlah perbelanjaan mencecah RM745.7 juta di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amir Hamzah Azizan
#sara
#harga barang
#peniaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan