awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SARA RM100: Sistem pembelian berjalan lancar - PM Anwar

Bernama
Bernama
06/09/2025
09:53 MYT
SARA RM100: Sistem pembelian berjalan lancar - PM Anwar
Anwar beramah mesra bersama pengunjung pada Program Outreach Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 di sebuah pasar raya di sini hari ini. - Foto Bernama
BALING: Prestasi sistem pelaksanaan bantuan penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kini berjalan dengan baik dan lancar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringkasan AI
  • Pelaksanaan bantuan SARA kini berjalan lancar, selepas gangguan kecil pada awal pelaksanaan berjaya diatasi.
  • Sebarang penambahbaikan sistem akan diumumkan dalam Belanjawan 2026, Oktober ini.
  • SARA RM100 beri manfaat kepada 22 juta rakyat, melibatkan tambahan RM2 bilion, menjadikan peruntukan STR dan SARA tahun ini mencecah RM15 bilion tertinggi dalam sejarah bantuan tunai negara.

Beliau berkata walaupun timbul sedikit masalah pada awal pelaksanaannya, namun masalah berkenaan telah dapat diatasi.
"Saya tengok kalau setakat tadi bukan satu, (tapi) tujuh atau lapan (pembelian) yang saya tengok, nampak berjalan baik. Cuma hari pertama, kedua ada glitch (gangguan sementara) sikit, sekarang nampak lancar.
"Sekarang dah tak ada masalah...dah empat, lima hari, tak ada satu aduan pun lagi," katanya semasa melakukan tinjauan sempena Program Outreach SARA 2025 di sebuah pasar raya di sini hari ini.
Mengenai penambahbaikan sistem SARA, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata sebarang ikhtiar atau dasar baharu berkaitan sistem bantuan berkenaan akan diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2026, Oktober ini.
Sementara itu, Anwar berkata pelaksanaan bantuan penghargaan SARA RM100 tidak tertumpu kepada pasar raya besar sahaja tetapi turut merangkumi kedai runcit dan pasar raya di kawasan luar bandar.
Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025, kerajaan mengumumkan pemberian sekali beri sebanyak RM100 kepada semua warganegara dewasa berusia 18 tahun ke atas di bawah program SARA, yang disalurkan terus melalui MyKad.
Inisiatif berkenaan memberi manfaat kepada 22 juta rakyat melibatkan tambahan RM2 bilion, menjadikan peruntukan keseluruhan bagi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA tahun ini mencecah RM15 bilion, tertinggi dalam sejarah bantuan tunai negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sumbangan Asas Rahmah
#Anwar Ibrahim
#sara
#berjalan lancar
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan