awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak akan bincang dengan menteri tambah baik kemudahan pelancongan

Bernama
Bernama
07/12/2022
00:30 MYT
Sarawak akan bincang dengan menteri tambah baik kemudahan pelancongan
Abdul Karim (kanan) ketika hadir pada majlis perasmian Lembaran Emas Siri 2: Borneo Textile Symposium di Kuching yang disempurnakan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, 6 Dis 2022. -- fotoBERNAMA
KUCHING: Kerajaan Sarawak akan berbincang dengan Menteri Pelancongan Datuk Seri Tiong King Sing bagi menambah baik kemudahan lokasi pelancongan negeri itu.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata tumpuan semestinya terhadap lokasi pelancongan berasaskan alam semula jadi dan taman negara.
"Sekarang ini pelancong datang (ke Sarawak) bukan untuk membeli-belah tetapi untuk merasakan alam semula jadi kerana kebanyakan mereka menetap di bandar besar.
"Tempat tarikan pelancongan ini perlu mempunyai kemudahan baik seperti tandas, tempat letak kenderaan dan sebagainya," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Abdul Karim berkata setakat semalam beliau belum mengadakan pertemuan dengan Tiong tetapi tetap gembira melihat warga Sarawak menjadi Menteri Pelancongan di peringkat Persekutuan.
"Dia (Tiong) adalah warga Sarawak dan lebih mudah untuk dibawa berbincang atau dihubungi. Orang Sarawak juga tidak akan melupakan Sarawak," katanya.
Sementara itu, Abdul Karim yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak mengalu-alukan Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Hannah Yeoh untuk berkunjung ke Sarawak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Karim Rahman Hamzah
#Tiong King Sing
#kemudahan pelancongan Sarawak
#PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan