KUCHING:Kerajaan negeri mengaktifkan semula pusat transit sementara bagi menempatkan gelandangan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bahagian Sibu.
Menteri Kebajikan, Kesejahteraan, Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, pusat transit sementara yang menggunakan rumah rehat kerajaan di bahagian itu dibuka bertujuan untuk mematuhi arahan PKP sekali gus mengelak penularan COVID-19 dalam kalangan gelandangan dan masyarakat.
Selain penyediaan makanan dan keperluan asas, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak membuat saringan kesihatan ke atas semua gelandangan yang dibawa ke pusat transit tersebut.
"Kita telah mengaktifkan semula tempat transit gelandangan di Sibu iaitu di sebuah rumah rehat kerajaan. Kita akan menempatkan gelandangan yang kita rasa selamat di situ.
"Sepanjang tempoh PKP ini, semua orang tidak dibenarkan bergerak sesuka hati termasuk juga gelandangan. Mereka akan tinggal di rumah rehat kerajaan itu sehingga tamat PKP," katanya ketika mengetuai operasi tinjauan gelandangan di Kuching pada malam Rabu.
Tambah Fatimah, pembukaan pusat transit untuk gelandangan di Sibu yang dijadualkan pada Februari ini terpaksa ditangguhkan ekoran PKP selain masih dalam proses pengubahsuaian bangunan.
"Pusat transit ini jika siap kelak akan menyediakan kemudahan kepada golongan ini. Tempat tidur dan rehat, ruang bilik mandi dan sebagainya.
"Makanan juga disediakan selain khidmat kesihatan dan kaunseling untuk membantu mereka," katanya.
Selain di Sibu, ujar Fatimah, sebuah lagi pusat transit untuk gelandangan juga akan dibina di Kuching dan perkara itu masih dalam proses kertas kerja.
Azizah Alwi
Thu Jan 28 2021

Fatimah (kiri) berbual bersama salah seorang gelandangan ketika melakukan tinjauan golongan itu di sekitar Kuching pada malam Rabu. - Foto Astro AWANI.

Tiada keperluan lagi untuk panggil sidang Parlimen - Takiyuddin
Persidangan Parlimen akan diputuskan oleh Jemaah Kabinet berdasarkan keadaan semasa sebelum menasihati Yang di-Pertuan Agong.
![[SIDANG MEDIA] Menteri Kesihatan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [SIDANG MEDIA] Menteri Kesihatan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893459/15793218591614752873088_640x360.jpg)
[SIDANG MEDIA] Menteri Kesihatan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Ikuti sidang media bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan. #HapusCOVID19 #MyVaksinCOVID19

Langgar Lari | Polis buru pemandu 4X4 selepas mangsa maut
Polis memburu pemandu sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai melanggar lari seorang pekerja pembinaan di Sungai Petani malam tadi. Mangsa, M Nagelan, maut di tempat kejadian selepas cedera parah akibat dirempuh kenderaan itu dari belakang.

Vaksin COVID-19 | Pegawai, anggota bomba di Melaka terima suntikan
Seramai 534 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka menerima suntikan vaksin COVID-19 pada Rabu.

Lompat Parti | Lima ADUN lompat parti disifatkan khianat
Tindakan lima ADUN Amanah yang keluar parti dan menyetakan hasrat untuk menyertai PKR, baru-baru ini disifatkan sebagai perbuatan khianat.

Vaksin COVID-19 | Menyelaras pemberian dan penerimaan vaksin
Kita bersama Dr Khor Swee Kheng, Pakar Dasar kesihatan awam.

Serangan Gajah | Pekebun bimbang gajah liar musnah tanaman
Pekebun Orang Asli di Kampung Char, Pos Hendrop di Gua Musang, Kelantan bimbang selepas sekumpulan gajah liar dikesan memusnahkan tanaman pisang, ubi, kelapa dan pinang sejak seminggu lalu. Kawasan kebun seluas lebih 8 hektar itu kerap diserang gajah menyebabkan mereka kerugian sehingga puluhan ribu ringgit.

COVID-19: MIDA lancar portal mudahcara kemasukan pelancong perniagaan
Portal berkenaan merupakan sebahagian komponen kritikal Kerajaan Malaysia khusus bagi mempercepatkan kemasukan pelancong perniagaan.

Potong barisan untuk divaksinasi? Denda sehingga RM10,000 menanti!
Tindakan boleh diambil dengan arahan Ketua Pengarah Kesihatan di bawah Seksyen 21A - Arahan Ketua Pengarah.

Rasuah | Tambah baik undang-undang berkaitan rasuah
Kita bersama Prof Madya Dr. Salawati Mat Basir, Pensyarah Undang-Undang Antarabangsa dan Pengajian Keselamatan UKM bagi penjelasan dan perinciannya.

Sarawak aktifkan semula pusat transit gelandangan di Sibu
Kerajaan negeri mengaktifkan semula pusat transit sementara bagi menempatkan gelandangan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bahagian Sibu.

Beberapa jalan sekitar George Town ditutup mulai Jumaat hingga Ahad
Beberapa jalan di sekitar George Town akan ditutup sementara susulan penganjuran beberapa program di negeri ini pada Jumaat hingga Ahad ini.

'Sinar sambutan Deepavali semakin malap buat saya' - Gelandangan
Walaupun sambutan Deepavali di pusat transit gelandangan itu tidak semeriah bersama keluarga, namun ia memberi erti yang cukup besar.

Najib rasmi Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur
Pusat penginapan setinggi tiga tingkat itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas, antaranya ruang penginapan yang dapat memuatkan sejumlah 250 orang.