KUCHING: Kerajaan Sarawak bersedia membina sebuah pusat kanser menggunakan dana negeri menjelang akhir tahun in jika kerajaan Persekutuan bersetuju dengan cadangan tersebut, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Bercakap pada majlis jamuan malam Ulang Tahun ke-20 Pusat Jantung Sarawak, di sini, malam tadi, beliau berkata pusat itu akan menyumbang kepada penjagaan kesihatan wilayah ini dan memenuhi keperluan pesakit kanser dari Sarawak, Sabah dan negara jiran.
"Saya tahu (untuk membina pusat itu) sangat mahal. Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan di mana kita membina bangunan yang menelan kos sekitar RM800 juta, manakala kerajaan Persekutuan menyediakan tenaga pakar dan peralatan," katanya.
Abang Johari berkata perkara itu akan dibincangkan lebih lanjut dengan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, yang turut menghadiri majlis jamuan malam itu.
Sementara itu, Dr Zaliha memuji jabatan kesihatan Sarawak atas usahanya menggalakkan rakyat negeri itu mendapatkan suntikan dos penggalak kedua COVID-19.
Beliau berkata sebanyak 12,612 dos penggalak kedua berjaya diagihkan melalui semua pejabat kesihatan bahagian, hospital, agensi kerajaan dan fasiliti kesihatan swasta di Sarawak.
"Ini sebagai langkah meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan peningkatan kes dan kematian COVID-19. Pemvaksinan akan diteruskan secara besar-besaran di seluruh Sarawak sehingga akhir bulan ini," kata Dr Zaliha.
Mengenai Pusat Jantung Sarawak, beliau berkata pusat itu adalah contoh kisah kejayaan besar bagaimana mengubah kemudahan dalam memperluaskan rangkaian perkhidmatan untuk merawat pesakit jantung, buah pinggang dan kanser.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 17 2023

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa di Dewan Undangan Negeri di Petra Jaya. - Foto BERNAMA

EPL: Saka menang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan buat kali pertama bersama Arsenal
Saka menghasilkan tiga gol dan dua bantuan jaringan dalam empat penampilan sepanjang bulan Mac lalu.

AWANI Ringkas: Ahli perniagaan Malaysia di luar negara perlu bantu bina semula negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Cadangan bubar Pejuang tak berasas'
Parti itu mempunyai peranan besar kerana berusaha menyatukan pergerakan konservatif yang lain semenjak sebelum PRU15.

187 orang dipindahkan akibat banjir di Nabawan
Semua mangsa dipindahkan ke PPS Gereja SIB Salarom Baru yang dibuka pukul 12.30 tengah malam tadi.

Coca-Cola, GSC meterai perjanjian konsesi baharu, lanjutkan perkongsian lebih tiga dekad
Kerjasama itu menandakan satu pencapaian kolektif yang penting serta melambangkan kepercayaan dan komitmen kukuh antara satu sama lain.

Pantau Kos Sara Hidup: Keperluan individu austistik ketika kos meningkat
Perbincangan mengenai usaha untuk menyokong keperluan individu autistik ketika kos semakin meningkat bersama Pakar Pediatrik dan Pengasas Bersama doktorbudak.com. Dr. Zahilah Filzah Zilkifli dan Pengasas Autism Inclusiveness Direct Action (AIDA) Group dan Project Lily, Beatrice Leong.

138 motosikal, 20 kereta 'singgah sahur' di Balai Polis Kota Setar
Intipan Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kota Setar telah mengesan sekumpulan remaja bermotosikal sedang asyik berlumba.

Konvensyen Kerajaan Perpaduan: Medan mencari formula seragamkan hala tuju negara antara parti
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan penting untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaan kukuh dan utuh.

Bekas ADUN Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zaini meninggal dunia
Jenazah akan dibawa pulang ke kediaman ibu Allahyarham di Pekan Changloon untuk dikebumikan.

Persatuan perubatan sambut baik komitmen PM
Mereka faham mendapatkan jawatan tetap memerlukan komitmen kewangan jangka panjang yang signifikan daripada kerajaan,

Sarawak tubuh Pusat Perubahan Iklim kawal isu perubahan cuaca dan perdagangan karbon
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ia pendekatan yang signifikan dan komprehensif oleh kerajaan negeri bagi menyelaraskan pengurusan komersial ekonomi hijau

Banjir: Sarawak mahu adaptasi sistem Belanda - Abang Jo
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata buat masa ini kerajaan negeri sedang melaksanakan satu kajian menyeluruh dalam usaha memperbaiki sistem saliran sedia ada.

Sarawak bantu bina stesen janakuasa hidroelektrik terbesar di Indonesia
Projek yang dibangunkan PT Kayan Hydropower Nusantara itu turut melibatkan kerjasama Sarawak menerusi Sarawak Energy Berhad sebagai rakan kongsi.

Sarawak mahu semarakkan sukan silat di peringkat global
Sarawak akan bekerjasama dengan persatuan-persatuan serta perguruan silat untuk mengangkat martabat seni silat ke tahap lebih tinggi.

Sarawak sah terpilih jadi tuan rumah SUKMA 2024
Abang Johari berkata Sarawak sememangnya sudah bersedia menjadi tuan rumah penganjurannya pada bila-bila masa.

Sarawak anjur Persidangan Karbon Asia pada 15-16 Mac
Persidangan itu akan dirasmikan oleh Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan kira-kira 400 perwakilan dijangka menghadirinya.

Sarawak belajar dari negara lain dalam mengurus Pelabuhan Miri - Abang Johari
Pengalaman Rotterdam (Belanda), Shanghai (China) dan Adelaide (Australia) akan diambil kira dalam pelan pembesaran pelabuhan.

Sarawak sedia jadi tuan rumah SUKMA 2024 - Abang Johari
Sarawak bersedia menjadi tuan rumah penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 sekiranya diberikan peluang untuk menggalas tanggungjawab berkenaan.

Tiada tolak ansur terhadap kontraktor degil, tidak cekap - Abang Jo
Semua kontraktor diingatkan serius dan lebih komited dalam melaksanakan projek di bawah bidang kuasa Kerajaan Sarawak.

Sarawak catat perolehan hasil tertinggi tahun lepas berkat usaha gigih perkhidmatan awam - Abang Johari
Pengiktirafan wajar diberikan kepada petugas perkhidmatan awam, terutama dalam membantu Kabinet negeri melaksanakan dasar-dasarnya.