awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli akademik Switzerland minta penamatan perjanjian penyelidikan dengan Israel
Rumah Mesra Rakyat lambang simbol kestabilan hidup, masa depan lebih terjamin
Perbuatan sabotaj sasar rangkaian kereta api di Itali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak catat kes varian Delta tertinggi di seluruh negara

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
16/08/2021
06:14 MYT
Sarawak catat kes varian Delta tertinggi di seluruh negara
Untuk makluman kes pertama varian Delta dikesan di Sarawak pada 18 Jun melalui kajian penyelidikan Institut Kemahiran dan Perubatan Komuniti (IHCM) UNIMAS. - Gambar fail
KUCHING: Sarawak mencatatkan kes jangkitan varian Delta COVID-19 tertinggi di seluruh negara dengan 272 kes dilaporkan.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi hantaran di Facebook rasminya mendedahkan Sarawak menjadi satu-satunya negeri yang mencatatkan tiga angka kes positif COVID-19 daripada varian berkenaan.
Menurut kemas kini yang dikongsi KKM itu, Selangor merupakan negeri kedua tertinggi dengan 31 kes diikuti Pahang (19), Johor (16) Wilayah Persekutuan Labuan (14), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kedah masing-masing 13 kes.
Manakala negeri dan kawasan yang mencatatkan satu kes varian Delta ialah Negeri Sembilan (9), Melaka (8), Terengganu (7), Putrajaya (6), Perak (4), Sabah (4), Perlis (4), Kelantan (3) dan Pulau Pinang (1).
"Secara keseluruhan kes varian Delta di Malaysia ialah sebanyak 424 kes dengan 12 negeri mencatatkan 46 kes baharu pada 15 Ogos lalu," katanya.
Untuk makluman kes pertama varian Delta dikesan di Sarawak pada 18 Jun melalui kajian penyelidikan Institut Kemahiran dan Perubatan Komuniti (IHCM) UNIMAS.
Kes melibatkan seorang lelaki berusia 56 tahun dari Kuching itu diklasifikasikan sebagai kes import B yang berasal dari negeri lain dalam negara.
Topic Berkaitan
#Varian Delta
#kes COVID-19
#Sarawak
#COVID-19
#Unimas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan