awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak dijangka tidak alami banjir teruk seperti tiga tahun lalu - APM

Bernama
Bernama
03/11/2016
09:45 MYT
Sarawak dijangka tidak alami banjir teruk seperti tiga tahun lalu - APM
Beberapa kawasan di Sarawak cenderung dilanda banjir ketika tiba musim tengkujuh. - Gambar fail
Sarawak diramal tidak alami banjir teruk seperti tiga tahun lepas, kata Pengarah Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Sarawak, Kolonel Mohtar Samat.
Mohtar berkata berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi sesetengah kawasan di Sarawak akan menerima taburan hujan yang tinggi tetapi hanya menyebabkan banjir kilat sahaja dan akan kembali sedia kala apabila air surut.
"Musim tengkujuh di Sarawak pada penghujung tahun ini tidak seteruk sehingga mengakibatkan banjir seperti berlaku pada 2013, 2014, 2015 dan awal 2016," katanya kepada pemberita selepas majlis pemakaian pangkat pegawai bersekutu Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri hari ini.
Beliau berkata musim tengkujuh di Sarawak dijangka berlaku mulai bulan ini sehingga pertengahan bulan Januari 2017.
Walaupun tidak diramal banjir teruk di Sarawak, beliau berkata, APM sudah bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan menghadapi banjir dengan fokus kepada operasi menyelamat di air.
Mohtar berkata sekiranya banjir, APM Sarawak bersedia mengerakkan 1,000 anggotanya pada satu jam pertama bagi membantu mangsa banjir serta operasi lain.
"Setiap daerah di seluruh Sarawak dianggarkan APM Sarawak mempunyai 70 hingga 100 anggota yang akan digerakkan," katanya.
Beliau berkata, dalam tempoh tersebut keseluruhannya sejumlah 5,000 anggota APM akan bertugas mengikut giliran sekiranya berlaku banjir.
Mengenai keperluan helikopter, beliau berkata bantuan udara boleh diberikan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Untuk rekod, APM Sarawak mempunyai 17,896 pegawai dan anggota.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Angkatan Pertahanan Malaysia
#APM
#banjir
#Mohtar Samat
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan