awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
51 kereta musnah dalam kebakaran bengkel di Sungai Buloh
OIC akan adakan mesyuarat luar biasa mengenai Somalia pada Sabtu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak laksanakan PKPB selama 14 hari bermula Isnin depan

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
16/01/2021
10:06 MYT
Sarawak laksanakan PKPB selama 14 hari bermula Isnin depan
Dalam perkembangan lain, Sarawak merekodkan pertambahan 69 kes positif COVID-19 pada Sabtu. FOTO: Astro AWANI
KUCHING:Sarawak hari ini memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama 14 hari di seluruh bahagian di negeri itu kecuali bahagian Sibu.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, plaksanaan PKPB itu akan bermula pada 18 Januari sehingga 31 Januari 2021.
Keputusan yang dibuat selepas mesyuarat JPBN Sarawak pada Sabtu itu adalah usaha proaktif dalam mengekang penularan COVID-19 di negeri berkenaan.
"Prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan sepanjang PKPB itu dilaksanakan akan diumumkan esok," katanya pada sidang media harian COVID-19 di Kuching hari ini.
Dalam perkembangan lain, Sarawak merekodkan pertambahan 69 kes positif COVID-19 pada Sabtu.
Daripada jumlah itu, Kluster Pasai di Sibu kekal merekodkan pertambahan kes positif tertinggi dengan 46 kes hari ini.
Sibu juga kekal merekodkan pertambahan kes tertinggi dengan 30 kes diikuti Kuching (10), Bintulu (9), Kanowit (5), Miri (4), Meradong, Asajaya dan Selangau dengan dua kes manakala Samarahan, Sarikei dan Simunjan dengan satu kes.
“Kluster Pasai pada hari ini melaporkan pertambahan 46 kes positif menjadikan jumlah keseluruhan kes daripada kluster ini meningkat kepada 556 kes.
“Sejumlah 1,600 individu telah disaring dengan 1,000 individu dilaporkan negatif manakala 44 individu masih menunggu keputusan ujian makmal,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#PKPB di Sarawak
#PKP di Sibu
#kes harian COVID-19 Sarawak
#Kluster baharu COVID-19
#Kluster Pasai di Sibu
#kes positif di Sibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan