KUCHING:Kerajaan Sarawak memperuntukkan dana berjumlah RM30 juta bagi membantu pelajar negeri itu membayar semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Langkah itu sekali gus mengotakan janji Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang sebelum ini memberi jaminan akan mencari kaedah terbaik membantu anak Sarawak membayar semula hutang PTPTN mereka.
"Kita telah berbincang dan akan memperuntukkan (dana berjumlah) RM30 juta (untuk melaksanakan insentif ini). Bagaimana cara pengagihannya untuk membantu pelajar melunaskan baki pinjaman mereka?
"Pihak kita menerusi Yayasan Sarawak bersama dengan (Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak) Dr Annuar Rapaee telah berunding dengan PTPTN dan mereka telah bersetuju dengan formula (pembayaran). Jadi pelajar kita akan dibantu dari sudut hutang PTPTN," kata beliau.
Ujarnya, rundingan itu juga bertujuan untuk menentukan kaedah pembayaran semula yang akan dimaklumkan kemudian.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan dua bas sumbangan Kerajaan Sarawak kepada Politeknik Mukah dan Politeknik Metro Betong di pekarangan Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya hari ini.
Seperti yang dimaklumkan oleh Yayasan Sarawak, pemberian insentif tersebut akan membantu para pelajar menyelesaikan 30 peratus daripada baki hutang PTPTN mereka yang melibatkan seramai 9,634 pelajar.
Sementera itu, buat peminjam, sudah semestinya menyambut baik inisiatif yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Mohamad Zulhisyam Aris memberitahu, perkara ini dapat meringankan bebannya terutama dalam keadaan tidak menentu ketika ini.
"Ia adalah satu keputusan yang baik daripada Kerajaan Sarawak. Sekurang-kurangnya ada dana untuk membantu rakyat Sarawak yang tidak dapat melunaskan hutang PTPTN mereka ketika masa COVID-19 ini," kongsinya.
Terdahulu, Abang Johari semasa sesi Town Hall Program Lan Berambeh Anak Sarawak di Kuala Lumpur pada Oktober 2019 berjanji akan mencari mekanisme terbaik untuk membantu pelajar Sarawak membayar balik baki pinjaman PTPTN mereka.
Astro Awani
Mon Jan 18 2021

Kata Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, pihak PTPTN telah bersetuju dan akan menentukan kaedah terbaik bagi melaksanakan pembayaran semula hutang PTPTN pelajar Sarawak yang tertunggak. -Gambar Fail

Cetak rompak: Hukuman kepada pesalah harus setimpal kerugian karya - Seniman
Hukuman pada ketika ini adakalanya terlalu rendah dan tidak berbaloi dengan kerugian ditanggung pengkarya dan krew produksi

Melaka mulakan Program Imunisasi COVID-19, Ketua Menteri individu pertama disuntik
Sulaiman antara 1,097 individu, termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan petugas barisan hadapan yang menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 itu.

Vaksin COVID-19 | 32,277 sudah divaksin, 1.632 juta sudah daftar
Seramai 32,277 individu sudah diberikan dos pertama vaksin COVID-19. Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, angka berkenaan adalah sehingga jam 11.59 Isnin malam.

Politik | Perkembangan politik di Sabah
Keluar Parti Warisan, status ADUN Sebatik? Kita bersama Wakil Astro AWANI Sabah, Syahairizal Kamalul Arifin untuk perkembangan lanjut.

Cuaca Panas | Malaysia berdepan fenomena El-Nino?
Sebanyak 10 kawasan di semenanjung Malaysia merekodkan gelombang haba tahap kuning atau berjaga-jaga setakat 4.30 petang semalam. Semakan status gelombang haba di portal rasmi MetMalaysia hari ini mendapati, kawasan terbabit melibatkan empat daerah di Perak iaitu Kuala Kangsar, Kinta, Batang Padang dan Hilir Perak. Manakala tiga di Kelantan iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

75 PATI ditahan di kawasan penempatan setinggan di Tawau
75 pendatang asing tanpa izin(PATI) ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen di beberapa lokasi setinggan sekitar daerah Tawau, Sabah dalam Operasi Bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia.

TH agih untung RM2.24 bilion untuk 2020, lebih baik 3.1 peratus
Agihan keuntungan bagi tahun 2020 melibatkan jumlah sebanyak RM2.24 bilion berbanding RM2.14 bilion pada tahun 2019.

Lima lagi lelaki diberkas merusuh di restoran
Polis berkas lima lagi lelaki dalam tangkapan berasingan di sekitar ibu negara pada Isnin hingga awal pagi Selasa berhubung siasatan kes merusuh di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields

Hukuman pesalah cetak rompak perlu setimpal dengan kerugian pengkarya
Menurut Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, hukuman pada masa ini terlalu rendah dan merugikan seluruh industri serta produksi yang penat lelah menjayakan karya itu.

Malaysia catat RM164 bilion pelaburan walaupun ketika dilanda pandemik - MIDA
Sektor perkilangan mendahului dengan peningkatan 10.3 peratus dalam pelaburan yang diluluskan.

Sarawak luluskan RM30 juta bagi bantu pelajar lunas pinjaman PTPTN
Pihak Yayasan Sarawak akan terus berhubung dengan PTPTN berkenaan pelaksanaan kaedah pembayaran oleh peminjam.