awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak mahu tarik lebih ramai pelancong Asia Barat - Abdul Karim

Azizah Alwi
Azizah Alwi
06/01/2022
08:25 MYT
Sarawak mahu tarik lebih ramai pelancong Asia Barat - Abdul Karim
Abdul Karim optimis sasaran kemasukan lima juta pelancong ke Sarawak mampu dicapai menerusi promosi berterusan dan mempermudahkan urusan kemasukan ke negeri itu - Astro AWANI
KUCHING: Bagi merealisasikan sasaran kehadiran lima juta pelancong tahun ini, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak berhasrat menarik lebih ramai pengunjung dari negara Asia Barat
Menterinya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata untuk tujuan itu,pihaknya akan merancakkan promosi ke destinasi pelancongan utama seperti Dubai dan Abu Dhabi.
“Saya difahamkan daripada Sarawak Tourism Board (STB) yang sudah berada disana bahawa kunjungan daripada booth Sarawak cukup menggalakkan.
“Ramai pengusaha-pengusaha pelancongan di Asia Barat dan di negeri sebelah Arab berminat untuk meletakkan Sarawak sebagai satu daripada destinasi pelancongan untuk mereka hebahkan,” ujarnya.
Abdul Karim berkata demikian ketika ditemui Astro Awani di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada Khamis.
Mengulas mengenai sasaran lima juta pelancong, Abdul Karim berkata sasaran itu akan mampu dicapai sekiranya prosedur kemasukan dapat dilonggarkan.
“Pada masa ini kita sedang mengatur laluan untuk masuk itu tidak terlalu ketat dan sekiranya ia dibuka dengan cara meluas saya percaya kita akan balik kepada sebelum COVID-19 dimana kita hampir-hampir melihat jumlah 5 juta untuk satu tahun
“Ini boleh kita capai melihat keadaan promosi dengan produk yang ada dan laluan untuk masuk diaturkan dengan baik dan mudah Inshaa Allah kita akan sampai diperingkat tersebut,” ujarnya.
Bagaimanapun ia masih tertakluk dengan garis panduan yang ditetapkan termasuk pematuhan Enter Sarawak.
Abdul Karim turut yakin ekspo Pavillion Francais Malaysia yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mac depan mampu menarik lebih ramai pelancong.
Jelasnya ia sekaligus menjadi platfrom untuk mempromosikan produk-produk pelancongan Sarawak.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan S
#pelancong
#Dubai
#Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan