MUKAH: Sarawak merupakan negeri yang diberi tumpuan utama dalam Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL), termasuk bakal menjadi antara negeri terawal diberi keutamaan dalam perancangan pelaksanaan rangkaian 5G mulai tahun hadapan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata ia antara lain disebabkan faktor kedudukan strategik Bumi Kenyalang itu dari aspek geopolitik dan kesalinghubungan.
"Dalam aspek geopoltik baru kita lihat bagaimana kedudukan Kepulauan Borneo menjadi satu kawasan strategik, Indonesia pun memindahkan ibu negara ke Borneo dan kerajaan juga berhasrat menjadikan Sarawak dan Sabah diberikan keutamaan tinggi dalam perancangan pembangunan.
"Dalam konteks ketersambungan kedudukan Sarawak sekali lagi menjadi negeri paling strategik sekali, termasuk akan datang dalam pembangunan berkaitan kabel laut. Satu daripada kabel sedang dirancang akan melalui kawasan Sarawak, dan Sarawak dikenal pasti sebagai satu 'landing point'," katanya.
Annuar yang sedang dalam Jelajah Komunikasi Strategik selama dua hari di Tanjung Manis dan Sarikei bermula hari ini berkata demikian, selepas menyerahkan Pakej Remaja Keluarga Malaysia kepada hampir 20 penerima di sini.
-Mengulas lanjut, Annuar berkata Sarawak juga mempunyai penjanaan bekalan elektrik mesra alam, yang sangat diperlukan dalam pembuatan pusat data bagi kegiatan pengkomputeran awan dan sebagainya.
Sehubungan itu beliau berkata dalam usaha mengutamakan 5G, tumpuan persiapan ketika ini perlu juga terarah kepada melengkapkan rangkaian 4G menerusi pelaksanaan JENDELA fasa satu dan fasa dua, yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
"Fasa satu dan fasa dua kedua-duanya fokus utama untuk Sarawak, lebih RM3 bilion untuk Sarawak sahaja. Ini adalah satu agenda besar kerana Sarawak ini unik negeri besar dan taburan penduduk meluas, jadi kita mesti pastikan semua kawasan penempatan penduduk ini mesti lah tersambung.
"Jadi kalau dapat kita bekalkan talian tetap atau rangkaian optik gentian, kalau tidak ada kita guna satelit, teknologi satelit terkini juga akan dibawa ke Sarawak. 'Fiberisation' di bawah titik kehadiran (PoP) yang sedang kita jalankan fasa satu dan fasa dua, tak berapa lama lagi juga tumpuannya Sarawak," katanya.
Annuar bagaimanapun berkata dengan pelbagai perancangan prasarana yang telah dibuat, kerajaan amat memerlukan penyertaan rakyat, antara lain menerusi penaiktarafan Pusat Internet Desa menjadi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi).
Jelasnya ia akan menjadi medan bagi rakyat mengubah kegiatan ekonomi mereka kepada ekonomi digital.
"Ini satu gerakan besar-besaran secara nasional yang kita mulakan dan harap dapat lihat satu kemajuan untuk Sarawak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 27 2021
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata ia antara lain disebabkan faktor kedudukan strategik Bumi Kenyalang itu dari aspek geopolitik dan kesalinghubungan. - Gambar fail/BERNAMA
Google buang akses Google Lens pada 'Circle to Search'
Kemas kini Circle to Search ini dilihat telah diedarkan kepada semua pengguna secara meluas.
Penerbangan ke New York dilencongkan ke Delhi akibat ancaman bom
Tiga penerbangan antarabangsa dari lapangan terbang Mumbai, India menerima ancaman bom pada Isnin.
Israel lakukan genosid baharu di Jabaliya, Gaza - Pelapor Khas PBB
Tentera Israel kini melakukan siri pembunuhan beramai-ramai di Jabaliya, kawasan utara Semenanjung Gaza.
Memahami sel tumor kanser payudara bersifat agresif
Tumor jenis agresif umumnya dikesan dalam kanser payudara ialah triple-negative dan HER2-positive, yang mana selalunya lebih sukar dirawat, menjadikan diagnosis awal dan tindakan segera kritikal.
Kerajaan ada ruang untuk optimumkan perbelanjaan - Rafizi
Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaannya walaupun terdapat keperluan untuk meningkatkan hasil, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
AWANI Ringkas: Sindiket Pasir - Dua lagi 'safe house' ahli politik digeledah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia bakal kongsi pengalaman tenaga boleh diperbaharui, keselamatan makanan pada AIPA
Perkara itu merupakan fokus utama yang akan dikongsi bersama negara ASEAN lain termasuk pengalaman negara dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan.
Hospital di AS bergelut dengan kekurangan bekalan perubatan akibat taufan
Lebih 86 peratus penyedia perkhidmatan kesihatan di AS mengalami kekurangan bekalan cecair IV.
Cedera bekas isteri: AGC tolak representasi pelakon Hafidz Roshdi
Majistret Nurul Izzah Hasan Basri menetapkan 20 Jan depan untuk perbicaraan dan mengarahkan pengadu iaitu Nurul Shuhada, 30, hadir pada prosiding berkenaan.
[TERKINI] GISBH rayu kerajaan, pihak berkuasa lebih ‘ihsan’ ketika menyiasat - Peguam GISBH
Rayuan itu disuarakan peguam mereka, Datuk Rosli Kamaruddin yang juga berpendapat tidak perlu digunakan undang-undang keselamatan seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) terhadap mereka.
Amaran ribut petir di enam negeri petang ini
Sarawak dijangka paling terjejas dengan cuaca tersebut, antaranya di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri
Pengambilalihan MASwings dimuktamadkan tidak lama lagi - Abang Jo
Proses pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) oleh kerajaan Sarawak akan dimuktamadkan tidak lama lagi.
Sarawak dianggar bayar RM1.76 bilion untuk miliki 31% kepentingan utama Affin Bank
CIMB Securities mengandaikan kos pegangan tambahan terkini sebanyak 26 peratus adalah sekitar RM2.50 sesaham Affin atau RM1.54 bilion.
Sarawak fokus penganjuran Sukan SEA, APG setelah kejayaan SUKMA, Para SUKMA
Sarawak tidak mahu menunggu lama untuk memulakan persiapan bagi penganjuran Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN (APG) 2027.
Tunai janji dalam MA63 bukan sebab takut hilang sokongan Sarawak, Sabah - PM
Sebaliknya, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata ia adalah janji pemimpin-pemimpin terdahulu yang mesti dikotakan.
Mupok Lok! jumpa 'KitakOrang Rah' Para SUKMA di Selangor!
Obor rasmi temasya dwitahunan yang dinyalakan oleh jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin dipadamkan sebagai simbolik penutupan.
PM luluskan pembesaran Lapangan Terbang Miri
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju supaya Lapangan Terbang Miri terus diperbesar susulan peningkatan jumlah penumpang yang menggunakannya.
PM hadiri jamuan negeri sempena lawatan kerja ke Sarawak
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini menghadiri jamuan negeri sempena lawatan kerja dua hari beliau ke Sarawak, yang bermula hari ini.
Sarawak sahkan kejuaraan keseluruhan Para SUKMA 2024
Sarawak mengesahkan kejuaraan apabila merangkul 82 emas, 51 perak dan 72 gangsa, diikuti Sabah di kedudukan kedua dengan pungutan 62-42-31.
Kerajaan Sarawak tingkat pegangan enam kali ganda untuk kuasai Affin Bank Berhad
Sarawak kini muncul sebagai pemegang saham terbesar dalam Affin Bank apabila ia meningkatkan kepentingannya daripada 4.81 peratus sebelum ini kepada 31.25 peratus.