KUCHING: Aplikasi dompet elektronik atau e-dompet Sarawak Pay kini boleh digunakan untuk transaksi pembayaran antarabangsa. Ia susulan pelancaran kad maya UnionPay menerusi Sarawak Pay hari ini.
Menerusi kerjasama itu, Sarawak Pay boleh digunakan untuk membuat pembayaran di luar negara dan di mana sahaja kod QR UnionPay diterima.
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata penggunaan UnionPay yang dihubungkan dengan SarawakPay akan memudahkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara untuk melakukan transaksi pembelian.
"Ia akan memudahkan pengguna untuk tidak perlu membawa tunai di luar negara mahupun pelancong asing untuk melakukan transaksi pembelian di negeri ini.
"Maknanya kalau kita berbelanja, di mana sahaja ada kemudahan UnionPay maka kita dapat membuat bayaran melalui UnionPay kepada perkhidmatan atau barang yang kita beli," jelasnya dalam ucapan semasa majlis pelancaran.
Tambah Abang Johari kejayaan kerjasama ini adalah hasil memorandum persefahaman (MOU)yang ditandatangani bersama UnionPay semasa lawatannya ke China pada April 2019.
Mengulas lanjut Abang Johari berkata pihaknya kini dalam proses memohon kepada Bank Negara untuk membenarkan penyimpanan kredit 1,000 Euro atau RM6,000 di dalam sistem e-dompet itu.
“Kini masanya untuk kita menamakan semula e-dompet SarawakPay kepada SPay Global.
"Kita akan memohon kebenaran Bank Negara untuk meningkatkan jumlah e-dompet, mungkin maksimum kepada 1,000 Euro,” katanya
Sarawak Pay kini mempunyai 496,000 pengguna dan hampir 70,000 peniaga yang mengambil bahagian di negeri itu.
sehingga kini, urus niaga hampir RM1 bilion telah direkodkan menerusi Sarawak Pay dan kerajaan negeri menyasarkan jumlah berkenaan akan meningkat dengan kerjasama bersama UnionPay.
Munirah Mudzamli
Thu Mar 04 2021

Menerusi kerjasama ini, Sarawak Pay boleh digunakan untuk membuat pembayaran di luar negara dan di mana sahaja kod QR UnionPay diterima. - Foto Astro AWANI

"Mahathir pernah berhasrat pecat Yeo Bee Yin" - Lim Kit Siang
Kejadian ini menyerlahkan kerumitan dalam kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpin Dr Mahathir ketika itu, kata Kit Siang.

Perubahan iklim gesa kepada transformasi perniagaan bagi bank - Moody's
Peralihan karbon dan risiko iklim fizikal akan mengubah analisis kos-faedah pinjaman dan pilihan pelaburan bank.

Rayuan Najib: Tiada bukti dana RM42 juta datang dari Raja Abdullah - Sithambaram
Sithambaram berkata, percanggahan fakta dalam keterangan tiga saksi penting, menyebabkan ada keraguan dalam isu derma politik Arab Saudi itu

Rasuah RM1 juta: Mahkamah dengar rayuan Ku Nan esok
HMahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan serta denda RM2 juta terhadap Ku Nan selepas mendapatinya bersalah terhadap tuduhan rasuah.

Pencerobohan tanah pusaka: Orang Asli Kg Kelaik harap dapat injunksi inter-parte
Menurut Pengerusinya, Ahak Uda, permohonan mereka akan didengar di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada Ahad ini susulan memperoleh injunksi interim pertama pada 18 Mac lalu.

Wanita warga emas HK berputih mata, simpanan RM132 juta dilesap sindiket
Warga tua di Hong Kong, terutamanya yang kaya, sering menjadi sasaran penipuan menerusi panggilan telefon.

Lelaki maut terjun dari tingkat tiga Suria KLCC
Polis Dang Wangi terima panggilan jam 1.52 petang, memaklumkan seorang lelaki telah terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah itu.

MIB perlu bersifat kontemporari dan lebih tersasar
Pelaksanaan MIB kali ini diharap akan memberi tumpuan terhadap usaha- usaha pembangunan sosio-ekonomi masyarakat India secara lebih tersasar berbanding sebelumnya.

Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang kaut RM2 juta dalam 6 hari
Tyson 2 lakonan Jaafar Onn turut menambat hati penonton menerusi dialognya "Mim Alif Kap Nun-Mati" di dalam salah satu babak di dalam filem.

Kereta terbakar, seorang parah, empat cedera ringan
Kemalangan berlaku kira-kira pukul 9 malam tadi ketika kereta jenis Proton Wira yang mereka naiki dalam perjalanan ke Kamunting.

Jangan pulang, pelajar perlu kekal di asrama masing-masing - Uggah
Pelajar yang tinggal di Insitusi Pendidikan dan sekolah berasrama, di Sarawak tidak dibenarkan keluar atau balik.

KKM akan hantar 11 ventilator baharu ke Sarawak
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menghantar 11 unit alat bantuan pernafasan baharu ke Sarawak Jumaat ini.

Dr Chin perjelas punca pemberian vaksin di Sibu ditangguh
JKN Sarawak dimaklumkan terdapat masalah lot release (pelepasan lot) oleh KKM dan vaksin tersebut tidak dapat dibekalkan ke Sibu.

COVID-19: 2,341 kes baharu, Sarawak tertinggi - Dr Noor Hisham
Sebanyak 2,341 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 379,473 kes.

Vaksin COVID-19: Anwar dakwa kawalan kerajaan jadi punca kadar imunisasi rendah
kerajaan PN terlalu memikirkan cara untuk mengawal keseluruhan proses sehingga mengakibatkan kelengahan yang tidak sepatutnya.

Sarawak tubuhkan Kumpulan Penasihat Vaksin COVID-19 (SCOVAG)
SCOVAG berperanan sebagai penasihat kepada kerajaan negeri dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBNS) Sarawak mengenai vaksin COVID-19.

Rentas daerah di Sarawak hanya untuk perkhidmatan penting - Abang Jo
Keputusan diambil setelah menilai pengingkatan jumlah kes tempatan bagi kes-kes jangkitan rentas daerah iaitu kes import C.

COVID-19: Semua sekolah di zon merah Sarawak ditutup dua minggu
Terdapat penularan baharu COVID-19 di sekolah yang boleh mengakibatkan pelajar menyebarkan virus ini kepada ibu-bapa dan sebaliknya.

COVID-19: 2,195 kes baharu, Sarawak kekal tertinggi
Sarawak terus mencatatkan jumlah tertinggi dengan 508 kes diikuti Selangor 431 kes, Johor 387 kes dan Kelantan 332 kes.

COVID-19: Suhaimi Sulaiman terajui TVS bersiaran daripada rumah
CEO TVS Suhaimi Sulaiman akan turut menyertai pembaca berita dan wartawan bersiaran daripada rumah masing-masing