awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak perlukan tenaga kerja berkualiti tinggi untuk sokong industri aeroangkasa

Bernama
Bernama
29/11/2024
15:57 MYT
Sarawak perlukan tenaga kerja berkualiti tinggi untuk sokong industri aeroangkasa
Abang Johari berkata industri itu memerlukan individu yang amat mahir dalam teknologi. - Gambar Bernama
KUCHING: Sarawak memerlukan tenaga kerja berkualiti tinggi bagi menyokong misinya ke arah menjadi hab bagi industri aeroangkasa Malaysia.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata industri itu memerlukan individu yang amat mahir dalam teknologi.
"Apabila kita bercakap mengenai satelit, kita harus tahu cara membuat roket kerana anda memerlukan roket untuk pergi ke orbit. Selepas itu, satelit tersebut perlu dilengkapi cip yang boleh membaca apa yang ada di daratan dan menyimpan data.
"Itulah sebabnya Sarawak meminta Kolej Universiti i-CATS supaya mewujudkan fakulti aeroangkasa dan menjalinkan kerjasama dengan pakar antarabangsa untuk mengajar rakyat kita teknologi baharu ini.
"Ia sememangnya rancangan yang bercita-cita tinggi namun kita perlu memulakannya," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Tahunan SMD Semikonduktor di sini.
Pada 29 Julai lepas, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Kerajaan Persekutuan telah menyarankan agar Sarawak menjadi hab industri aeroangkasa Malaysia.
Tengku Zafrul berkata Sarawak telah menunjukkan potensi yang besar dalam industri itu terutama dari segi komitmen untuk melahirkan pekerja mahir bagi sektor berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelaburan
#industri aeroangkasa
#pakar antarabangsa
#teknologi bahar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan