NATIONAL
Sarawak terus perkukuh usaha tuntut autonomi pendidikan - Dr Annuar

Semua dasar pendidikan di Sarawak mesti dirangka dengan rundingan bersama kerajaan negeri, meskipun pelaksanaannya diuruskan oleh pegawai persekutuan. - Gambar hiasan
KUCHING: Sarawak terus memperkukuh usaha menuntut autonomi pendidikan berlandaskan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang kini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak I (Pendidikan dan Inovasi) Datuk Dr Annuar Rapaee.
Ringkasan AI
- Sarawak terus memperkukuh usaha menuntut autonomi pendidikan berlandaskan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang kini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Semua dasar pendidikan di Sarawak mesti dirangka dengan rundingan bersama kerajaan negeri, meskipun pelaksanaannya diuruskan oleh pegawai persekutuan.
- Sarawak telah mengemukakan 15 perkara utama dalam rundingan berkaitan penambahan kuasa autonomi negeri, termasuk penggunaan bahasa Inggeris di sekolah dan kuasa Pengarah Pendidikan Negeri untuk meluluskan projek pembangunan. Pengarah Negeri kini boleh meluluskan projek Transformasi Luar Bandar (RTP) tanpa perlu mendapatkan kelulusan dari Kuala Lumpur.
- Kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan semakin baik, termasuk kebenaran kepada Sarawak untuk melaksanakan peperiksaan Tahun Enam sendiri selepas pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Ini menunjukkan wujud kerjasama yang baik antara kedua-dua pihak.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kolej Universiti i-Cats dan Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di sini, hari ini.
Menurutnya, Sarawak telah mengemukakan 15 perkara utama dalam rundingan berkaitan penambahan kuasa autonomi negeri, yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat dan menunjukkan perkembangan positif.
"Antara perkara paling penting ialah penggunaan bahasa Inggeris di sekolah dan kuasa Pengarah Pendidikan Negeri untuk meluluskan projek pembangunan.
"Sebelum ini, walaupun projek Transformasi Luar Bandar (RTP) menggunakan dana sendiri, kami tetap perlu mendapatkan kelulusan dari Kuala Lumpur. Kini, Pengarah Negeri boleh meluluskannya," katanya.
Dr Annuar turut memaklumkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan semakin baik, termasuk kebenaran kepada Sarawak untuk melaksanakan peperiksaan Tahun Enam sendiri selepas pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
"Ini menunjukkan wujud kerjasama yang baik antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan. Kalau tiada kerjasama, mustahil kita dibenarkan laksana peperiksaan sendiri," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami